CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18512|Reply: 0

[Sarawak] Karnival capai objektif dan sasaran

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Mini KUD Kota Samarahan 2024 capai sasaran apabila berjaya catat transaksi jualan lebih RM1 juta



Rubiah (kanan) merakam kenangan bersama pemenang utama cabutan bertuah, Muzaidi Mahrop berupa sebuah motosikal di Halaman Samarahan, hari ini. - Gambar Rosytein Emmor

Oleh Hamkar Sarbinee

KOTA SAMARAHAN: Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024 mencapai sasaran memberangsangkan apabila berjaya mencatat transaksi jualan sehingga lebih RM1 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang memberitahu, karnival yang berlangsung selama empat hari itu sekali gus mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

Menurutnya, secara keseluruhan Mini KUD kali ini mendapat respons yang baik daripada masyarakat setempat dan para usahawan.

"Empat hari penganjuran Mini KUD ini di peringkat kementerian di mana sasaran serta matlamat kita terhadap penganjuran ini, ia sangat memuaskan hati kerana karnival ini mencapai objektif.

"Suka saya memaklumkan matlamat utama kita iaitu sasaran jualan di mana ia disasar berjumlah RM300,000, namun kita telah mencapai jualan sehingga RM1.25 juta.

"Ia melibatkan RM611,235.50 untuk jualan tunai manakala RM637,000 melibatkan jumlah padanan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada hari terakhir Mini KUD @ Kota Samarahan di Halaman Samarahan di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, jumlah pengunjung juga melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

"Bagi jumlah pengunjung, sasaran kita 30,000 pengunjung. Namun sehingga tengah hari (Ahad), sebanyak 68,000 pengunjung telah hadir memeriahkan selama empat hari karnival ini berlangsung.

"Nampak gayanya, Mini KUD ini mencapai objektif sepenuhnya.

"Ini kerana, Mini KUD ini dilaksanakan sebagai satu platform untuk usahawan-usahawan luar bandar memasarkan produk yang dihasilkan.

"Selain itu, karnival ini sebagai satu pendedahan kepada usahawan agar mereka lebih berdaya maju, sekali gus menjadikan karier usahawan ini menguntungkan," jelasnya.

Mengenai jumlah usahawan 'get to global', Rubiah berkata, ramai usahawan yang berjaya mencapai pasaran mereka telah melepasi pasaran antarabangsa.

"Pihak KKDW bukan sahaja dalam negara, namun kita turut membuat platform di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan pasaran jualan produk.

"Setiap tahun, ramai usahawan mikro yang telah berjaya kita bawa ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW Datuk Che Murad Sayang Ramjan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.228189 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list