View: 2956|Reply: 1
|
[Kelantan]
Bekalan kurang, permintaan tinggi punca harga sayur naik
[Copy link]
|
|
TINJAUAN di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, mendapati harga beberapa jenis sayur-sayuran di daerah ini naik. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Harga beberapa jenis sayur-sayuran di daerah ini naik lebih 10 peratus sejak dua minggu lalu berikutan bekalan kurang dan permintaan pula tinggi.
Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, mendapati harga kacang panjang naik daripada RM5 kepada RM8 sekilogram; cili merah besar RM12 kepada RM18 sekilogram; cili hijau besar daripada RM16 kepada RM27 sekilogram; cili padi RM12 kepada RM14 sekilogram dan terung RM5 kepada RM9 sekilogram.
Peniaga, Maryana Mat Ripin, 37, berkata selain sayuran, harga bawang merah dan bawang putih kini dijual RM9 sekilogram.
Katanya, harga sayur naik berikutan bekalan tempatan kurang dan peniaga serta pemborong terpaksa mengambil bekalan dari negara jiran.
"Kenaikan sayur ini ketara sejak dua minggu lalu, namun ada juga beberapa jenis sayur yang harganya masih kekal dan stabil iaitu tomato RM6 sekilogram dan timun RM4 sekilogram.
"Kebanyakan harga sayuran naik kerana bekalan daripada petani tempatan masih kurang," katanya ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah di sini hari ini.
Manakala seorang lagi peniaga Nurul Amani Ishak, 30, berkata, harga sayur tidak stabil sejak beberapa bulan lalu dan harganya turun naik.
"Saya berharap kerajaan memantau keadaan ini bagi mengelakkan harga sayur-sayuran yang banyak digunakan oleh rakyat terus naik.
"Jika kenaikan terus berlaku ia akan membebankan pengguna termasuk peniaga yang memerlukan bekalan ini setiap hari," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ca-harga-sayur-naik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The Forum is amazing. Thank you for sharing. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|