CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8436|Reply: 0

[Pahang] Petani rugi RM20,000 kebun pisang terendam air

[Copy link]
Post time 31-1-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN tanaman pisang berangan milik Muhammad Amin musnah akibat ditenggelami banjir di Kampung Bantal di Jerantut.

JERANTUT – Baru sahaja melibatkan diri dalam bidang pertanian komersial, seorang pengusaha muda, Muhammad Amin Fakhri Ahmad Sukri, 27, mula berhadapan cabaran apabila tanaman pisang berangan diusahakannya musnah ditenggelami banjir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Muhammad Amin Fakhri berkata, kawasan tanaman pisang berangan yang terletak kira-kira 100 meter dari Sungai Tembeling itu ditenggelami air sedalam enam meter selama tiga hari sejak banjir bermula pada 26 Januari lalu.

“Saya tidak sangka air naik mendadak pada waktu malam sehingga menenggelamkan 3,000 pokok pisang berangan yang ditanam di kawasan seluas dua hektar sejak pertengahan bulan September tahun lalu.

“Lantaran air Sungai Tembe­ling naik begitu pantas kami tidak mampu berbuat apa-apa hanya reda dengan keadaan musibah ini, saya rugi RM20,000,” katanya di Kampung Bantal di sini semalam.

Kata Muhammad Amin Fakhri, ketika air Sungai Tembeling melimpah ke kampung itu pada pukul 11 malam empat hari lalu, dia sudah menjangka projek tanaman pisang berangannya akan tenggelam sepenuhnya memandangkan kawasan itu berdekatan sungai.

Muhammad Amin Fakhri berkata, keadaan itu boleh memenyebabkan pokok pisang ter­kena penyakit dan membantut ketinggian pokok, manakala selebihnya reput dan mati.

“Saya keluar belanja ba­nyak untuk beli benih pokok, baja, racun rumpai termasuk pengurusan membuat pagar tanaman serta pondok tempat menunggu juga runtuh akibat ditebak (ditolak) arus air yang kuat,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... isang-terendam-air/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065199 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list