|
OMAR terlantar selepas terbabit dalam kemalangan Disember lalu. FOTO arkib NSTP
Kota Bharu: "Kami sekeluarga berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban ditanggung," kata Omar Mohamad Danyan, 37.
Omar berkata, hasil sumbangan orang ramai boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga selain keperluan persekolahan tiga anaknya.
Katanya, mereka bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin selepas kisah mereka mendapat liputan media.
"Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung kerana sebelum ini saya yang menjadi tulang belakang keluarga masih terlantar selepas terbabit dalam kemalangan lebih sebulan lalu.
"Keadaan kesihatan tidak banyak berubah dan saya masih perlu meneruskan rawatan perubatan tradisional bagi memulihkan kembali keadaan fizikal seperti sedia kala," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, kemalangan yang menimpa bapa kepada empat anak dari Kampung Kuala Besar menyebabkan kehidupan keluarganya berubah selepas hanya mampu terlantar dan tidak dapat bekerja mencari rezeki.
Lebih menyedihkan lagi, mereka terpaksa menggunakan simpanan serta mengharapkan ihsan keluarga terdekat bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam pada masa, masih ada tunggakan sewa rumah yang belum dijelaskan.
Omar berkata, walau bagaimanapun, dia perlu kuat melawan sakit yang dihidapi kerana tidak mahu mereka sekeluarga terus berada dalam kesusahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ingankan-beban-kami |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|