View: 4776|Reply: 0
|
[Terengganu]
Suspek curi kabel terjun sungai ditemui lemas
[Copy link]
|
|
Anggota polis sedang mengusung mayat suspek kes curi kabel telekomunikasi yang ditemui mati lemas di Pantai Teluk Lipat, Dungun hari ini.
DUNGUN – Gara-gara cuba melepaskan diri daripada kepungan polis, seorang lelaki dipercayai suspek kes curi kabel telekomunikasi sanggup terjun ke Sungai Dungun sehingga mati lemas pada kelmarin.
Mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat di sini pada pukul 6.38 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat suspek dijumpai beberapa pengunjung pantai peranginan tersebut sebelum penemuannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Kita percaya mayat itu salah seorang suspek yang terjun ke dalam Sungai Dungun dari Jambatan Nibong di sini pada kelmarin.
“Ia berdasarkan pakaian yang dipakai malah kakak suspek juga telah mengesahkannya setelah melakukan pengecaman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Sebelum ini, dua suspek yang dipercayai sedang melarikan kabel telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) yang dicuri bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Dungun setelah menghentikan lori dinaiki mereka di atas Jambatan Nibung.
Seorang lagi suspek yang berada di belakang lori gagal melarikan diri lalu diberkas sepasukan polis yang sudah mengejar mereka sejauh kira-kira 100 kilometer dari Santong, Paka di sini.
Mazura berkata, mayat suspek telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.
Tambah beliau, gerakan memburu seorang suspek berusia 34 tahun yang berjaya meloloskan diri sedang giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ngai-ditemui-lemas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|