CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20088|Reply: 0

[Borneo] Pendekatan, kaedah berbeza perlu diguna pakai realisasi jambatan Labuan

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode



LABUAN: Pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinanti-nantikan sekian lama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan kita komited untuk meneroka kaedah alternatif bagi memastikan jambatan ini direalisasikan," katanya pada sesi bertemu rakyat di sini hari ini.

Fadillah berkata pembangunan di seluruh pulau juga penting dan mencadangkan supaya sebuah bandar baharu dibuka di Labuan bertujuan bukan sahaja meningkatkan populasi, tetapi juga merangsang aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan.

"Dengan pertambahan penduduk dan aktiviti ekonomi, kita menjangkakan minat yang tinggi daripada pelabur yang ingin menyumbang kepada pembinaan jambatan itu," katanya.

Fadillah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut mengadakan perbincangan dengan beliau berhubung aspirasi penduduk Labuan yang mahukan cadangan jambatan itu menjadi kenyataan.

"Semasa perbincangan kami, saya sampaikan kepadanya perkara ini yang telah dibincangkan dalam Kabinet dan saya sedar bahawa Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan jambatan ini," katanya.

Fadillah berkata usaha sebelum ini termasuk pengeluaran Permintaan untuk Cadangan (RFP), tiada satu pun yang mematuhi sepenuhnya keperluan kementerian berkaitan menyebabkan perkara itu tidak diluluskan Kabinet.

Sementara itu, beliau berkata Labuan mendapat perhatian khusus daripada kerajaan Persekutuan berikutan beberapa isu yang belum diselesaikan menjejaskan penduduk di pulau ini, sepertimana dibincangkan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini susulan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Labuan pada Disember tahun lepas.

"Tanggungjawab saya adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan bekalan elektrik dan air … lawatan kerja hari ini di sini bertujuan mendapat maklumat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Bahagian Bekalan Air Labuan," katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata Labuan turut dicadang menjadi kawasan angkat kementeriannya, menunjukkan bahawa kerajaan komited menyelesaikan isu berkaitan. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.444894 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list