View: 7106|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sarjan cedera dilangggar motosikal cuba lolos sekatan jalan raya
[Copy link]
|
|
Motosikal Yamaha LC ditunggang seorang lelaki yang melanggar anggota polis bertugas dalam sekatan jalan raya di Jalan Limbong, Chukai, Kemaman semalam.
KEMAMAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera ringan dirempuh sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Limbong, Chukai di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, anggota polis terbabit mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang bertugas bersama lima anggota polis lain melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya berkenaan.
“Sebuah motosikal jenis Yahama LC ditunggangi seorang lelaki berusia 26 tahun yang melalui sekatan jalan raya tersebut enggan berhenti sebelum tiba-tiba terus memecut laju.
“Tindakannya berkenaan menyebabkan anggota polis terbabit yang memintanya berhenti sebelum itu dilanggar. Rakan mangsa segera membantu selain bertindak pantas menahan penunggang motosikal terbabit,” katanya di sini hari ini.
Hanyan berkata, pemeriksaan awal mendapati motosikal dinaiki suspek telah diubahsuai tidak mengikut spesifikasi dibenarkan dan cukai jalan motosikal itu juga telah tamat tempoh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... sekatan-jalan-raya/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|