CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2891|Reply: 0

Perez berlumba di bawah tekanan

[Copy link]
Post time 13-1-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

PEREZ (kanan) bersama rakan pasukan, Verstappen. -FOTO AFP

London: Sergio Perez berharap mimpi ngerinya di Grand Prix Qatar musim lalu akan menjadi pemangkin untuk mengubah nasibnya di Red Bull pada 2024.

Menuju ke kempen baharu, Perez boleh dikatakan pemandu yang paling tertekan.

Kontraknya akan tamat pada penghujung musim, dan prestasinya dalam F1 2023, adalah di bawah par.

Max Verstappen memenangi 19 daripada 22 perlumbaan pada 2023, manakala Perez hanya memenangi dua perlumbaan.



Perez walaupun berada di bawah tekanan untuk menamatkan saingan sebagai naib juara tetapi berjaya menghalang Lewis Hamilton dalam perlumbaan terakhir.

Mata terendah yang diperoleh Perez adalah di Qatar apabila dia diberikan tiga penalti berasingan untuk had trek.

"Ia adalah hujung minggu yang teruk sehingga saya rasa 'saya tidak boleh seteruk ini' ada perkara lain yang berlaku," kata Perez mengaitkannya dengan perlumbaan di Qatar.

"Kami mengambil masa untuk memahami apa yang berlaku dengan kereta itu. Saya perlu memahami banyak perkara yang kami lakukan dan pergi ke banyak perincian.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ba-di-bawah-tekanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.124154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list