CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7756|Reply: 0

[Terengganu] Hotel terkecuali arahan tutup 2 jam setiap tengah hari Jumaat

[Copy link]
Post time 10-1-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Laporan BH Online bertarikh 9 Januari 2024 mengenai arahan penutupan premis perniagaan dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selama dua jam setiap Jumaat

KUALA TERENGGANU: Penutupan semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat berkuat kuasa 1 Januari lalu, tidak membabitkan sektor perhotelan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, Suaibah Harun, berkata operasi hotel sepanjang tempoh itu bagaimanapun akan hanya dikendalikan kakitangan wanita dan bukan Islam.

Katanya, susulan pekeliling penutupan operasi semua premis perniagaan dikeluarkan MBKT bertarikh 2 Januari lalu, pihaknya menghubungi Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif yang kemudian bersetuju memberi pengecualian kepada sektor perhotelan.

Suaibah yang juga Pengurus Besar Primula Beach Resort, berkata pelanggan, terutama dari luar negeri ini menghadapi masalah untuk membuat pendaftaran kemasukan jika penutupan operasi turut membabitkan hotel.



"Tidak menusabah hotel biarkan pelanggan, terutama yang datang dari luar negeri ini berkeliaran di lobi jika penutupan operasi perniagaan selama dua itu turut membabitkan sektor perhotelan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, pengusaha pasar raya memaklumkan, mereka sebenarnya sudah menutup operasi perniagaan selama dua jam setiap Jumaat sejak 2014 lagi.

Pengurus Pasaraya Besar Mydin, Suzana Romeli, berkata semua pasaraya Mydin di seluruh negeri ini turut menangguhkan urus niaga selama lima hingga tujuh minit ketika azan berkemundang.

"Kita juga akan mengumumkan kepada pelanggan mengenai waktu solat terutama membabitkan solat zohor, asar, magrib dan isyak," katanya.

Sementara itu, Rosli memaklumkan, pihaknya akan memberi penjelasan lanjut mengenai arahan berkenaan yang sebelum ini dikeluarkan secara menyeluruh.

"Kita akan kaji semula arahan itu dan akan mengadakan sidang media khas petang ini selepas mengambil kira pandangan beberapa pihak, termasuk sektor perhotelan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tengah-hari-jumaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list