CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4919|Reply: 0

Middlesbrough aibkan Chelsea

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:23 AM | Show all posts |Read mode

HACKNEY menjaringkan gol kemenangan Boro. FOTO Reuters

Middlesbrough, United Kingdom: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino kecewa dengan ketumpulan jentera serangan selepas pasukannya tewas 1-0 dalam aksi peringkat pertama separuh akhir Piala Liga kepada kelab Kejuaraan, Middlesbrough di Riverside awal pagi tadi.

Hayden Hackney menjaringkan gol tunggal pada minit ke-38 ketika skuad mahal Pochettino sekali lagi gagal menyerlah di tempat lawan.

Chelsea tewas lima daripada enam aksi terakhir di tempat lawan dan keseluruhan 21 perlawanan sejak permulaan musim lalu iaitu paling banyak dalam kalangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Blues perlu bangkit apabila kedua-dua kelab bertemu sekali lagi di Stamford Bridge pada 23 Januari bagi mengelakkan lebih banyak tekanan ke atas Pochettino ketika musim pertamanya mengendalikan pasukan itu.



"Jika kami nilai prestasi keseluruhan, kami lebih baik dengan mencipta lebih banyak peluang tetapi kami gagal jaringkan gol dan tidak klinikal," kata Pochettino. "Ia banyak berlaku musim ini.

Pengurus Boro Michael Carrick mungkin boleh dimaafkan selepas kehilangan penjaring terbanyak Emmanuel Latte Lath yang tercedera ketika perlawanan memasuki minit ke-3.

Carrick turut terpaksa mengeluarkan Alex Bangura tidak lama selepas itu tetapi kelab Divisyen Dua terbabit tetap garang mengasak kubu lawan.

"Sangat istimewa," kata bekas pemain tengah Manchester United itu. "Saya tahu ia perlawanan timbal balik dan kami tidak boleh berpuas hati. Tapi dengan apa yang ditunjukkan, kecederaan kami alami dan kejutan malam ini ke atas Chelsea, ia menakjubkan."

Middlesbrough tidak pernah menjaringkan gol ketika menentang Chelsea dalam tempoh 17 tahun. Blues menang sembilan pertemuan mereka dengan agregat 21-0.

Namun, skuad tuan rumah menamatkan kebuntuan jaringan lapan minit sebelum rehat.

Kepantasan Isaiah Jones di sebelah kiri menimbulkan masalah kepada bahagian pertahanan Chelsea dan hantaran rendahnya tepat menuju Hackney yang menolak bola masuk ke gawang dari jarak dekat.

Chelsea melepaskan beberapa peluang terbaik selepas rehat untuk menyamakan kedudukan terutamanya menerusi Cole Palmer dan Raheem Sterling namun ketumpulan penyudah menghampakan mereka.

Boro yang menduduki tangga ke-12 Liga Kejuaraan tangkas bertahan untuk terus menghidupkan peluang mereka ke final di Stadium Wembley menentang Liverpool atau Fulham.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ough-aibkan-chelsea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list