CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10930|Reply: 0

Permohonan status naturalisasi Redzovic kena peram?

[Copy link]
Post time 9-1-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

REDZOVIC mula beraksi di Liga M pada musim 2018.

Kuala Terengganu: Permohonan dan rayuan sudah dibuat kepada pihak berwajib untuk memohon status pemain naturalisasi bagi pertahanan import Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic.

Namun sehingga kini jawapannya masih belum diterima, adakah ini karenah pihak tertentu ataupun permohonan dibuat Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd sengaja 'diperam'?

Ini persoalan bermain dalam fikiran peminat setia skuad Penyu terutama selepas proses naturalisasi bekas penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Romel Morales sudah diluluskan baru-baru ini.

Pemain kelahiran Colombia itu sudah bersama skuad kebangsaan dalam mengharungi Piala Asia 2023 di Qatar walaupun permohonan dikatakan dalam masa yang sama dengan Redzovic.



Ketika diajukan persoalan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas, beliau nyata kecewa dengan perkembangan itu biarpun permohonan sudah dibuat sebelum ini.

Jelasnya, pertahanan kelahiran Montenegro itu sudah melepasi syarat ditetapkan iaitu beraksi sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, pada masa sama beliau mengharapkan permohonan TFC Sdn Bhd dapat diluluskan dalam masa terdekat bagi membolehkan Redzovic didaftarkan sebagai pemain tempatan pada musim ini.

"Ya pihak kami sudah membuat permohonan kepada pihak berwajib bagi membolehkan Redzovic didaftarkan sebagai pemain naturalisasi, namun sehingga kini kami masih belum mendapat jawapan berhubung perkara itu biarpun rayuan sudah dibuat.

"Kami meletakkan harapan tinggi agar pemain itu mendapat pasport sekali gus membolehkan dia didaftarkan sebagai pemain tempatan," kata Mohd Sabri ketika dihubungi.

Berdasarkan syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain beraksi sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut dalam sesebuah liga dan tidak pernah mewakili pasukan kebangsaan mana-mana negara, mereka dibenarkan didaftarkan sebagai pemain naturalisasi sekiranya mendapat pasport.

Berdasarkan rekod, Redzovic mula beraksi dalam Liga M pada musim 2018 mewakili pasukan PDRM sebelum bermain dengan Terengganu FC II (TFC II) pada 2020 sehingga 2022 dan kemudian beraksi dengan TFC sejak 2023.

Ketika ini, skuad negara sudah ada lapan pemain bertaraf naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Sergio Aguero, Lee Tuck (Kedah), Paulo Josue dan terbaharu, Morales.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... redzovic-kena-peram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.245193 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list