View: 7309|Reply: 0
|
Arteta tidak mempunyai jawapan kegagalan Arsenal
[Copy link]
|
|
ARTETA terpaksa akur dengan kekalahan ketiga Arsenal. -FOTO Reuters
London: Ketidakupayaan Arsenal merobek gawang lawan secara tiba-tiba menjejaskan musim yang penuh dengan harapan buat pasukan itu dan pengurus Mikel Arteta sendiri kelihatan buntu untuk mencari jawapan mengapa mereka gagal menjaringkan gol.
Pasukannya mengalami kekalahan ketiga berturut-turut apabila mereka tewas 0-2 di tempat sendiri kepada Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA walaupun mempunyai peluang yang cukup pada separuh masa pertama untuk melakar sekurang-kurangnya keputusan seri.
Pasukan Arteta melakukan 61 percubaan ke gawang gol dalam tiga perlawanan terakhir bermula dengan kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada West Ham United dan tewas 1-2 di Fulham, kedua-duanya dalam Liga Perdana dan terbaharu kekalahan di pusingan ketiga Piala FA kepada Liverpool dan hanya sekali menjaringkan gol.
Ketika 7,000 penyokong Liverpool kemenangan, Arsenal meninggalkan Stadium Emirates dengan memikirkan keperluan sama ada mereka perlu mendapatkan penyerang baharu dalam jendela perpindahan kali ini.
Peminat sendiri boleh menyaksikan Reiss Nelson, Kai Havertz dan Bukayo Saka semuanya mensia-siakan peluang baik ketika berdepan Liverpool manakala percubaan kapten Martin Odegaard dinafikan oleh palang.
Ditanya mengapa pasukannya tidak dapat menjaringkan gol melepasi pertahanan Liverpool biarpun mereka kehilangan pemain utama Virgil van Dijk yang cedera, raut wajah Arteta jelas kecewa.
"Ya ia mengecewakan tetapi apa yang boleh kita lakukan? Saya tidak boleh memberitahu mereka bermain teruk, tidak cuba jaringkan gol dan menjaringkan gol sendiri," kata pengendali Sepanyol itu.
"Saya tidak pernah melihat pasukan dalam tempoh enam bulan lalu melakukan apa yang sudah kami buat ketika menentang lawan satu ketika dulu.
"Pasukan saya bermain dengan keberanian menentang mungkin pasukan terbaik di Eropah ketika itu tapi sekarang apa yang boleh saya lakukan selain berpegang kepada mereka."
Dalam perkembangan yang sama Arteta berkata bahawa penyerang Brazil, Gabriel Jesus kini perlu melakukan imbasan selepas mengalami kesakitan pada lututnya tetapi berharap ia "tidak serius."
Ditanya sama ada penyerang baharu mungkin akan tiba pada jendela perpindahan Januari untuk mencuba dan mengembalikan Arsenal ke landasan yang betul, Arteta menambah: "Satu perkara adalah apa yang kita perlukan dan satu lagi adalah apa yang boleh kita lakukan. Apa yang boleh kami lakukan ialah bertahan di belakang pemain itu."
Arsenal yang mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan, tidak beraksi lagi sehingga 20 Januari ini apabila mereka melayan kunjungan Crystal Palace dalam Liga Perdana.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-kegagalan-arsenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|