View: 6466|Reply: 0
|
Piala FA: Arteta harapkan kemenangan di Emirates
[Copy link]
|
|
ARSENAL perlu memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk menyingkirkan Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala FA kali ini. - AFP
LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berharap kemenangan ke atas Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala FA tengah malam ini menjadi permulaan semula kepada kebangkitan pasukannya itu.
Arteta menjulang trofi Piala FA pada musim pertamanya mengemudi The Gunners ketika musim 2019/20 selepas menewaskan Manchester City untuk Arsenal mengumpul gelaran ke-14 saingan tersebut.
Selepas sekadar terikat 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebelum ini, Arteta berharap aksi kali ini mampu memberikan kegembiraan buat pasukannya.
“Kedua-dua pasukan memiliki sejarah yang hebat dalam pertandingan ini. Kami terpaksa berdepan lawan yang sukar pada permulaan aksi kali ini dan saya fikir ia adalah permulaan perjalanan yang menarik.
“Kami menentang Liverpool kira-kira dua minggu lalu di Anfield, kemudian diundi sekali lagi menentang mereka pada aksi kali ini. Saya pasti ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang menarik.
“Kami tidak ada pilihan, undian sudah dilakukan. Saya percaya kedua-dua pasukan pastinya mengharapkan keputusan yang berbeza dan kami perlu menguasainya untuk aksi kali ini,” kata Arteta.
Arsenal berada dalam situasi kurang baik ketika ini apabila turun ke tangga keempat EPL dan prestasi hambar yang dipamerkan beberapa pemain seperti Martin Odegaard, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka dikatakan menjadi punca.
Musim lalu menyaksikan ketiga-tiga pemain tersebut berjaya mengumpul 44 gol dan 11 umpanan gol buat Arsenal, namun setakat musim ini trio tersebut hanya mampu meledak 12 gol. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nangan-di-emirates/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|