CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15603|Reply: 0

[Pahang] 'Nasi sudah menjadi bubur, saya reda dipenjara 12 tahun'

[Copy link]
Post time 6-1-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode

Hudar (bukan nama sebenar) dikenakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Bentong kerana membunuh tanpa niat kekasih suaminya enam tahun lalu. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Bentong: "Dalam hati, saya tiada niat melanggar wanita itu sebaliknya apabila dia terjatuh dari motosikal, tayar kereta saya tergilis kakinya," dakwa banduan wanita dikenali sebagai Hudar, 46, (buka nama sebenar).

Kejadian yang berlaku enam tahun lalu itu menyebabkan mangsa yang didakwa kekasih gelap suaminya itu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika menerima rawatan.

Hudar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata sebelum ini berniaga roti canai di Kuantan menerima hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan membunuh tanpa niat.

Dia kini menjalani hukuman di Penjara Bentong.


Menurut Hudar yang berasal dari Thailand, wanita itu adalah rakan yang sama-sama menjalankan perniagaan di bawah satu bumbung, dia berniaga roti canai manakala wanita itu menjual nasi ayam. "Setiap hari kami bertemu sambil mencari rezeki," katanya.

Dakwanya, suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita itu selepas beberapa bulan dia menjalankan perniagaan nasi ayam.

"Peringkat awal saya tidak percaya apabila rakan mendakwa melihat suami dan wanita itu keluar bersama. Bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak saya berusaha mengintip mereka.

"Untuk mendapat kepastian, saya bersemuka dengan mereka berdua dan masing-masing menafikan ada hubungan.

"Episod hitam berlaku suatu malam apabila saya terserempak dengan mereka yang sedang menaiki motosikal, saya yang ketika itu memandu kereta melanggar bahagian belakang motosikal hingga menyebabkan mereka berdua terjatuh di jalan," katanya ditemui di Penjara Bentong baru-baru ini.

Dia berkata, walaupun perasaan marah membuak-buak ketika itu namun tidak terlintas di hatinya untuk melanggar kaki wanita terbabit hingga menyebabkan kematian sebaliknya hanya mahu memberi pengajaran.

Hudar berkata, selepas kejadian malam itu, dia segera membuat laporan polis, ketika itu juga rakan memaklumkan wanita terbabit meninggal dunia di HTAA.

"Saya menyesal namun nasi sudah menjadi bubur, saya reda apabila disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat dan dikenakan hukuman 12 tahun penjara.

"Saya akan bebas pada 2026 dan hukuman penjara yang dilalui memberi banyak pengajaran berguna buat saya. Marah macam mana sekalipun, kita tidak boleh melakukan tindakan melulu secara tidak waras kerana akan mengundang padah.

"Hampir setiap bulan anak-anak dan rakan datang melawat saya di penjara, saya tidak sabar untuk bebas dan memulakan hidup baru yang lebih bermakna bersama anak-anak," katanya yang kini menimba kemahiran masakan dan membuat kuih dalam penjara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dipenjara-12-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041292 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list