|
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) meninjau kerja baik pulih jalan, runtuhan cerun dan pemasangan jambatan bailey di jalan utama Sungai Sam-Jeli, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
JELI: Projek pembinaan jalan kekal di laluan Dabong-Jeli yang runtuh pada Isnin lalu, dijadual siap dalam masa dua bulan dengan kos RM700,000.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata projek itu dijangka siap sebelum perayaan Aidilfitri.
"Susulan jalan itu yang dilalui kira-kira 10,000 kenderaan setiap hari runtuh Isnin lalu, kita sedang membina jambatan bailey yang dijangka siap pada Rabu ini. Itu langkah sementara dan pada masa sama, pembinaan jalan kekal juga sedang dilaksanakan.
"Untuk jalan kekal, kita jangka projek ambil masa dua bulan dan akan disiapkan sebelum Aidilfitiri kerana laluan ini digunakan ramai penduduk," katanya pada sidang media selepas melawat jalan Kampung Sungai Sam-Jeli, di sini hari ini.
Runtuhan sepanjang lima meter berlaku jam 3.30 petang Isnin lalu, disebabkan kegagalan sistem saliran selain kawasan terbabit dinaiki air akibat banjir.
Berikutan itu, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan, menyebabkan jalan perhubungan 20,000 penduduk tempatan terputus.
https://www.bharian.com.my/berit ... -sebelum-aidilfitri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|