CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25823|Reply: 8

Backlist Penjamin Kereta

[Copy link]
Post time 5-1-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ok aku nak tanya solusi (kalau ada) kepada situasi ni.

Bapa aku jadi penjamin pada loan kereta saudara nya. Dipendekkan cerita, bayaran kereta sangkut dan saudaranya sudah pon di isytihar bankrupt. Bapa aku sebagai penjamin pon di isytihar bankrupt sebab tak bayarkan hutang saudara nya dgn bank.

Masalah sekarang ni, bapa aku sendiri ada loan kereta dgn bank. Disebabkan nama beliau dah bankrupt, bayaran bulanan kereta beliau tak boleh dibuat kepada bank sebab secara undang undang nya bank tak boleh terima duit dari org bankrupt. Maka tersadailah kereta milik bapak aku sebab tak boleh proceed bayar loan, tak boleh renew roadtax & insurans.

Dah pernah panjat insolvensi. Insolvensi kata kena clearkan hutang saudaranya dulu baru boleh clearkan nama bapa aku, barulah boleh sambung bayar loan kereta beliau.

Soalan sekarang, ada tak cara lain yg membolehkan kereta bapa aku tu digunakan daripada tersadai buruk mcm tu je dekat rumah. Buat masa ni belum pernah pula dapat surat tarik kereta dari bank tempat bapa aku buat loan. Cuma nya mmg kami tak boleh nk byar installment dek kerana bank tak boleh terima duit dr org bankrupt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Guwe pun nak tau apo solution ni...sebab takde pngalaman..to porummers mesti ada idea sbb deols memang bijak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Up. I need answer or suggestions please
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu jer yer maybe ada porummer yg bleh bg pndapat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi akpk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-1-2024 10:38 PM
Pegi akpk

AKPK sama ke dgn insolvensi? Dah pernah ke insolvensi, solution yg diberi ialah kena langsai kan dulu hutang sedara tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bukannonones replied at 13-2-2024 11:05 AM
AKPK sama ke dgn insolvensi? Dah pernah ke insolvensi, solution yg diberi ialah kena langsai kan d ...

Lain....

U pegi je...memang membantu....bank tak blh kacau U dah bila under AKPK
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe tak membantu tapi nak tau situasi. Banyak mana hutang saudara tu? Dia tak ada effort ke utk bayar hutang dia? Apa solusi dia untuk bapak u skrg ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 11:39 AM | Show all posts
sebagai penjamin dah tentulah kena bertgwb utk langsaikan hutang sedara tu,
mmg itu satu2 cara yg ada,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069821 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list