CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11924|Reply: 0

[Terengganu] 41 pusat rekreasi di Terengganu berisiko sepanjang MTL

[Copy link]
Post time 4-1-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Terengganu: Sebanyak 41 pusat rekreasi di negeri ini terdedah dengan pelbagai risiko termasuk fenomena kepala air sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan As'ari Omar berkata, ia membabitkan kawasan air terjun, pantai, jeram, lata dan gunung yang sering menjadi tumpuan ramai untuk melakukan aktiviti beriadah.

Beliau berkata, ia merangkumi 13 di Kuala Terengganu, lapan (Besut), Hulu Terengganu (lima), Setiu (empat), Dungun (empat), Marang (tiga), Kemaman (tiga) dan satu di Kuala Nerus.

Katanya, semua kawasan itu tidak sesuai dan selamat dikunjungi dan melakukan aktiviti memandangkan fasa MTL masih belum berakhir.



"Jadi kita menasihatkan orang ramai untuk menghentikan atau menangguhkan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.

"Masyarakat juga diminta untuk berwaspada dan bersabar dengan tidak mengunjungi tempat rekreasi ini dalam tempoh bermula 1 November tahun lalu hingga 28 Februari ini.

"Pihak berwajib ada memaklumkan supaya kita mengelak ke tempat-tempat rekreasi berisiko ini dalam tempoh berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti sesat di dalam hutan seperti yang berlaku di Bukit Janda Mandi, Kijal baru-baru ini serta aktiviti air berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Hassan As'ari berkata, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan ramai termasuk kawasan pantai.

Katanya, ia bagi membolehkan tindakan menyelamat dapat dilakukan dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Janda Mandi di Kijal, Kemaman Jumaat lalu.

Kesemua mangsa yang berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan pencarian kira-kira jam 8 malam selepas mendaki bukit hampir tiga jam dalam keadaan hujan dan gelap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... isiko-sepanjang-mtl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.376262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list