CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13274|Reply: 0

[Kedah] Ceruq Seni Jitra lokasi bergambar terbaharu di Jitra

[Copy link]
Post time 3-1-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Ceruq Seni Jitra lokasi bergambar terbaharu di Jitra

OlehROSHILA MURNI ROSLI
03 Januari 2024 02:47pm.




Lorong berdekatan pasar raya Yawata di pekan Jitra menjadi lokasi bergambar dikenali sebagai Ceruq Seni Jitra. Gambar kecil: Badrulhisham




KUBANG PASU - Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) mengkomersialkan lorong bangunan berdekatan pasar raya Yawata di pekan Jitra di sini sebagai lokasi bergambar dengan nama Ceruq Seni Jitra.

Yang Dipertua MPKP, Badrulhisham Sulaiman berkata, lorong terbabit yang dipenuhi dengan lukisan mural adalah hasil air tangan pelukis Cikgu Ramli Samsuri daripada Angkatan Pelukis Kedah dan pelukis muda Abdul Qoyyum Mohd Nadzri.



Katanya, lukisan mural itu memaparkan enam segmen utama iaitu aktiviti ekonomi setempat, sukan, animasi dan e-sport, warisan sejarah dan budaya, senibina tempatan dan persekitaran serta flora dan fauna.

"Hasrat kita bukan saja ia hanya sebuah lorong, tetapi kita nak timbulkan nilai estetik dan bertema supaya pengunjung tidak hanya tertumpu di kawasan hadapan sahaja," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu di sini pada Rabu.



Menurutnya, segmen yang diketengahkan turut menceritakan identiti Kubang Pasu yang terkenal dengan beberapa lokasi menarik


Enam segmen utama diketengahkan sebagai konsep lukisan mural di Ceruq Seni Jitra.




"Contohnya aktiviti ekonomi setempat kita ketengahkan beberapa lokasi terkenal di daerah ini seperti Joe Cendol, Pasembor Hussain Kodiang, perkampungan nelayan Kuala Sanglang dan sawah padi di Bukit Kodiang," katanya.
Badrulhisham berkata, peruntukan keseluruhan bagi menyiapkan projek moral terbabit adalah sebanyak RM150,000.


"RM100,000 adalah peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) manakala selebihnya adalah daripada MPKP sendiri," katanya.


Teater Mek Mulung antara yang diterjemahkan oleh pelukis dalam lukisan mural di Ceruq Seni Jitra.




Jelasnya, selain sebagai daya penarik untuk pengunjung bergambar, idea berkenaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan terbabit.

"Sebelum ini lorong situ gelap dan sunyi pada malam hari sekali gus boleh menarik perhatian penjenayah, tetapi sejak kita naik taraf kawasan itu sudah meriah dengan cahaya lampu," katanya.



Badrulhisham menambah, idea sama juga akan digunakan untuk memeriahkan lorong-lorong sunyi di beberapa kawasan lagi di sekitar Kubang Pasu.

"Kita harap pengunjung terutamanya penduduk daerah ini dapat menjaga lukisan mural itu dan segala usaha yang telah MPKP bangunkan untuk menceriakan daerah ini," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list