CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31700|Reply: 0

[Selangor] Pemabuk maut leher tersepit pintu mesin ATM

  [Copy link]
Post time 2-1-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan mayat mangsa di hadapan sebuah bank di Kota Kemuning, Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang lelaki mabuk ditemui maut apabila lehernya tersepit pada pintu ‘shutter’ automatik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Kota Kemuning, pagi tadi.

Penemuan mangsa berusia antara 50 hingga 60an yang dipercayai warga asing susulan ketiadaan suntikan Bacillus Calmette Gurin (BCG) dilakukan kira-kira pukul 7.29 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM bank berkenaan.

Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa terbaring dihadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk kira-kira pukul 11.48 malam semalam.

“Kira-kira pukul 12.01 tengah malam tadi, pintu shutter automatik telah tertutup menyebabkan leher mangsa telah tersepit antara pintu dan lantai.

“Pintu shutter automatik telah terbuka semula kira-kira 6 pagi tadi dengan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang,” katanya hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan terhadap mangsa tidak menemui sebarang kecederaan lain serta tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

Mohd. Iqbal menambah, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Shahrul di talian 012-3630512 dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... it-pintu-mesin-atm/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.202172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list