CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15698|Reply: 0

Piala Asia: Qatar harapkan magis tuan rumah

[Copy link]
Post time 2-1-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Qatar turun selaku pilihan pada Piala Asia 2023 kali ini berdasarkan status selaku tuan rumah dan juara bertahan edisi 2019. - Foto oleh Qatar FA

BERDASARKAN sejarah Piala Asia, enam negara yang pernah menjadi tuan rumah berjaya menjuarai trofi berprestij itu seperti Korea Selatan, Israel, Kuwait, Jepun dan Australia serta Iran sebanyak dua kali.

Tumpuan kini tertumpu ke arah Qatar yang menjadi penganjur ‘bidan terjun’ untuk kempen kali ini yang juga ketiga dalam sejarah negara itu selepas edisi 1988 dan 2011.

Atas kertas, The Maroons adalah pasukan yang cukup berpotensi memandangkan status mereka sebagai kuasa besar baharu bola sepak Asia berdasarkan kejayaan sebagai juara bertahan edisi Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu.

Namun, harus diingat cabaran mereka kali ini agak seimbang selepas diundi dalam Kumpulan A bersama China, Lebanon dan Tajikistan.

Apa yang pasti, pengendali Qatar, Tintin Marquez pastinya mahu menjadikan kejohanan kali ini sebagai medan menebus maruah selepas dianggap gagal ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Marquez sudah pasti ada perancangan tersendiri dan jika boleh melakar kemenangan ketika bertemu Lebanon pada perlawanan pembukaan nanti, peluang untuk mereka keluar daripada peringkat kumpulan sangat cerah.

Mengenai pilihan pemain, Qatar mengambil pendekatan menggunakan sepenuhnya tonggak yang beraksi di liga domestik dengan tunjang utama terletak kepada penyerang Almoez Ali dan kapten, Hassan Al-Haydos yang sudah membuat 176 penampilan antarabangsa. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-magis-tuan-rumah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055776 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list