View: 20965|Reply: 0
|
[Kelantan]
Tanah runtuh: Kemudahan internet di Pos Balar terjejas
[Copy link]
|
|
- Foto hiasan.
GUA MUSANG: Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di Pos Balar di sini, mengakibatkan penduduk Orang Asli tidak dapat menggunakan kemudahan internet sejak lima hari lalu.
Penduduk mendakwa perkhidmatan internet tergendala disebabkan keadaan jalan yang tidak dapat dilalui oleh pembekal diesel bagi menghidupkan jana kuasa yang membekalkan tenaga kepada pencawang telefon di penempatan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang, berkata situasi itu menyebabkan penduduk tidak dapat berhubung dengan masyarakat di luar untuk melaporkan perkembangan mereka di pedalaman ketika ini.
"Saya bersama tiga penduduk kampung terpaksa ke Bukit Kepong di Kampung Barung, Pos Balar, berjarak dua kilometer dari rumah semata-mata untuk mendapatkan talian internet kerana sejak lima hari lalu, pencawang telefon tidak berfungsi kerana kehabisan diesel.
"Sepanjang perjalanan ke kawasan tinggi itu kami terpaksa menempuhi tempat berlaku tanah runtuh, selain keadaan jalan yang berselut tebal," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Hanan berkata kebiasaannya diesel akan dibekalkan sekali setiap minggu oleh pembekal.
Susulan itu, Hanan berkata sepanjang tempoh lima hari ini mereka hanya dapat melaporkan keadaan semasa penduduk di pos pedalaman itu pada waktu siang.
"Kita harap masalah perhubungan internet ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana risau berlaku kecemasan terhadap penduduk pada sebelah malam. Mungkin selepas ini ada usaha lain yang boleh dibuat supaya kami tidak terputus hubungan lagi," katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kelantan memberitahu pihaknya telah mengambil maklum aduan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -pos-balar-terjejas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|