View: 15137|Reply: 0
|
Ten Hag berang aksi lemah pemain
[Copy link]
|
|
Ten Hag berang aksi lemah pemain
TEN Hag dalam bahaya selepas tewas 1-2 kepada pasukan bergelut, Forest. -FOTO Reuters
Nottingham, United Kingdom: Erik ten Hag menyelar kegagalan Manchester United selepas kekalahan 1-2 di Nottingham Forest awal pagi menyaksikan ia permulaan terburuk mereka sejak 1930.
Ten Hag menyatakan pemainnya kurang bertenaga dan motivasi semasa persembahan buruk pada babak pertama di mana mereka hanya melakukan satu percubaan.
Ia menjadi lebih buruk buat pengendali United itu selepas rehat apabila Nicolas Dominguez meletakkan Forest yang bergelut di hadapan.
Marcus Rashford menyamakan kedudukan, menjaringkan gol ketiganya musim ini, tetapi gol lewat Morgan Gibbs-White menyebabkan United mengalami kekalahan keempat dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
"Ia mengecewakan. Kekalahan itu tidak perlu. Kami tewas pada separuh masa pertama. Kami tidak cukup bertenaga atau cukup melakukan percubaan," kata Ten Hag.
"Kami patut mencipta lebih banyak peluang pada babak pertama. Pada separuh masa kedua kami bertindak lebih bagus. Pada babak pertama kami patut mencipta beberapa detik mencemaskan tetapi kami tidak melakukannya.
"Kami sedar keputusan ini adalah di bawah tahap sebenar kami. Pemain tidak gembira dengannya tetapi kami perlu melakukan lebih baik lagi."
United, sembilan mata di belakang kelompok empat teratas, tewas sembilan daripada 20 aksi liga pertama mereka buat kali pertama sejak musim 1989-90.
Ia kekalahan ke-14 dalam semua pertandingan buat pasukan tangga ketujuh United musim ini – kali terakhir mereka kalah lebih banyak menjelang tahun baharu adalah pada musim 1930-31.
Ditanya untuk menjelaskan mengenai persembahan buruk United, Ten Hag menyalahkan kecederaan yang menafikannya ramai pemain utama pada peringkat tertentu kempen kali ini.
"Kecederaan. Juga ada beberapa isu lain tetapi paling utama kecederaan yang kerap menjejaskan pasukan kami. Pada Januari kami mempunyai ramai pemain yang kembali daripada kecederaan jadi tahap kami boleh ditingkatkan," katanya.
"Kami perlu mengubah sekali lagi jadi setiap kali kami perlu menukar pasukan. Ia tidak banyak membantu atau menyokong rutin pasukan dan ia menjelaskan kenapa anda tidak konsisten.
"Kami mempunyai sembilan gandingan berbeza di benteng pertahanan. Namun ia tidak penting, peminat tidak mahu mendengar semua ini, mereka mahu kami menang dan itulah sebabnya kami perlu meraih keputusan yang menggembirakan mereka."
Kekalahan pertama United kepada Forest sejak tahun 1994 hadir di depan Dave Brailsford, yang berkhidmat sebagai ketua sukan bagi pelabur baharu kelab itu INEOS.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-aksi-lemah-pemain
|
|
|
|
|
|
|
| |
|