View: 13276|Reply: 0
|
Kekalahan Arsenal memalukan Arteta
[Copy link]
|
|
BARISAN pemain Arsenal harus menyalahkan diri sendiri selepas tewas kepada West Ham di Emirates awal pagi semalam. – AFP
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menempelak barisan pemainnya kerana gagal memanfaatkan 30 peluang yang dimiliki ketika tewas 0-2 kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.
Kekalahan itu sememangnya perit untuk diterima kem The Gunners yang kini terpaksa akur gagal merampas kedudukan pendahulu EPL apabila ketinggalan dua mata di belakang Liverpool.
“Malam yang cukup mengecewakan buat kami. Caranya mudah sahaja sebenarnya iaitu kami perlu meletakkan bola dalam gawang dan memenangi perlawanan ini, namun kami gagal walaupun memiliki begitu banyak peluang,” kata Arteta.
Pengendali berusia 41 tahun itu sekali lagi mengkritik mutu pengadilan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengambil masa lama untuk mengesahkan gol pertama West Ham hasil jaringan Tomas Soucek pada minit ke-13.
“Ia sesuatu yang memalukan apabila teknologi digunakan gagal membuat keputusan sama ada bola sudah keluar ataupun tidak,” jelasnya.
West Ham kemudiannya menambah derita Arsenal dengan gol kedua daripada bekas pertahanan tengah pasukan itu, Konstantinos Mavropanos pada minit ke-55.
Arsenal seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana tewas dalam perlawanan itu apabila percubaan Bukayo Saka terkena tiang, manakala Gabriel Jesus gagal menyudahkan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Tuan rumah juga bernasib baik tidak kalah dengan lebih teruk apabila sepakan penalti Said Benrahma pada lewat permainan berjaya diselamatkan penjaga gol Arsenal, David Raya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... l-memalukan-arteta/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|