View: 27600|Reply: 0
|
Morales tak sabar tabur bakti
[Copy link]
|
|
Morales tak sabar tabur bakti
MORALES ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya. FOTO FAM
Kuala Lumpur: Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales menyifatkan Malaysia begitu istimewa buat dirinya dan tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran bagi menabur bakti bersama pasukan kebangsaan.
Jelas Morales, dirinya sudah berada di Malaysia agak lama dan tidak sangka akan lalui detik indah seperti ini untuk membantu dan berjuang bersama pasukan kebangsaan di Piala Asia bulan hadapan.
Pemain berusia 26 tahun itu juga ingin membuktikan kehadiran dirinya ke dalam pasukan sesuatu yang berbaloi.
"Ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi saya rasa detik ini amat istimewa kerana saya berasakan saya sebahagian daripada rakyat Malaysia selepas enam tahun berada di negara ini.
"Saya tidak perlu berfikir panjang untuk terima tawaran (mewakili Malaysia) dan ambil ini sebagai cabaran untuk diri saya berikan yang terbaik buat Malaysia (Piala Asia 2023).
"Saya ambil ini sebagai cabaran untuk diri saya berikan sesuatu semula kepada pasukan dan negara ini," katanya.
Terdahulu, Morales menjadi pemain terbaharu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pemain naturalisasi dan kini dia akan bersama-sama skuad kendalian Kim Pan-gon ke Piala Asia Januari nanti.
Selain itu, kehadiran bintang Kuala Lumpur City FC itu pasti akan memberi pilihan lebih banyak buat pengendali dari Korea Selatan itu merancang taktikal serta strategi di bahagian serangan.
Morales menjadi tonggak kelapan berstatus pemain naturalisasi selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Endrick dos Santos dan Paulo Josue.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-sabar-tabur-bakti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|