CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18755|Reply: 0

Pan-gon risau sokongan tak padu

[Copy link]
Post time 28-12-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon fikir kita kena jadi sangat kuat secara mental. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyedari skuad kendaliannya bakal berhadapan kesukaran dari segi mendapatkan penyokong setia pada saingan Piala Asia di Qatar nanti namun beliau dan barisan pengurusan mengambil beberapa langkah dengan menerapkan semangat patriotik dalam kalangan setiap pemain sebagai senjata untuk berjuang.

Jelasnya, beliau mengakui bermain di halaman sendiri, skuad kebangsaan akan menerima sokongan padu berbanding bermain di tempat lawan namun itu adalah cabaran yang harus pasukan Malaysia lalui nanti.

Kata Pan-gon, bagi menaikkan semangat para pemain, beliau sentiasa mengingatkan pemain bahawa mereka tidak bersendirian sebaliknya membawa nama serta berjuang demi negara.

"Itu cabaran besar terutama dua perlawanan awal apabila kita bakal bertemu dengan pasukan Timur Tengah (Jordan dan Bahrain). Walaupun bermain di Qatar, tetapi mereka akan merasakan itu sebagai tuan rumah. Saya fikir kita kena jadi sangat kuat secara mental, itu sangat penting.



"Saya fikir kita mewakili Malaysia, jadi kita perlu bekerja keras untuk Malaysia. Demi nama Malaysia, kita berjuang untuk Malaysia. Setiap hari saya akan bercakap tentang semangat patriotik kepada pemain dan pasukan.

"Semangat patriotik sangat penting kerana jika tiada negara, kita tidak akan mendapatkan peluang untuk menyertai apa-apa pertandingan seperti Piala Asia mahupun Piala Dunia. kita bukan hanya pergi berjuang semata-mata untuk pertandingan bola sepak tetapi membawa nama Malaysia serta budaya negara ini untuk ditunjukkan kepada orang luar," katanya.

Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu juga akan akan menunjukkan kepada pasukan luar semangat juang tinggi para pemain yang tidak mengenal erti menyerah kalah dalam pertandingan.

"Kita akan tunjukkan kepada mereka mentaliti juara, kita tidak pernah menyerah kalah sama sekali, tetapi teguh dan kuat. Dalam situasi tekanan, kita harus mengawal keadaan itu dengan baik dan kita belajar perkara itu dari kesilapan sebelum ini untuk mengatasi situasi berkenaan.

"Kita akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang kita mewakili Malaysia dan itu akan menjadikan kita kuat, saya percaya perkara itu," katanya.

Di Piala Asia nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dengan aksi pertama turun berdepan Jordan pada 15 Januari ini di Stadium Al Janoub.

Selepas itu, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen bertemu Bahrain pada 20 Januari di Stadium Jassim Bin Hamad sebelum menutup saingan peringkat kumpulan dengan Korea Selatan lima hari kemudian di Stadium Al Janoub.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-sokongan-tak-padu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list