CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16237|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Malaysia pun banyak tempat menarik...

[Copy link]
Post time 28-12-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

HIDAYAH dari Terengganu bersama anaknya melawat tempat tarikan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. FOTO Nur Elysa Amirah Suhaimi

Kuala Lumpur: 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,' demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan persepsi masyarakat terhadap tempat pelancongan di negara ini.

Tinjauan Harian Metro di ibu kota mendapati rata-rata pengunjung termasuk dari luar negara masih memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan kerana mempunyai banyak lokasi menarik.

Seorang pelancong dari Terengganu, Hidayah Ali, 33, berkata Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi dengan harga berpatutan.

"Selama tiga hari di sini (ibu kota), saya rasa tiada masalah dari segi harga termasuk pengangkutan dan makanan.



"Banyak tempat menarik yang boleh dilawati seperti Dataran Merdeka, selain daripada mempromosikan tempat bersejarah, melancong dalam negara juga dapat memantapkan sumber ekonomi negara sendiri," katanya.

Sementara itu, pelancong dari Kelantan yang juga seorang guru, Rosmaliza Ibrahim, 28, berkata kos percutian di Malaysia seperti Kuala Lumpur masih berpatutan dan sesuai dengan bajet.

"Tidak dinafikan, mungkin kos percutian di negara luar seperti Thailand lebih murah, tetapi di sini (Kuala Lumpur) juga berbaloi.

"Malaysia masih ada tempat yang menarik untuk dilawati selain kita perlu bijak menguruskan kewangan itu sendiri.

"Saya rasa masih ramai pelancong tempatan yang bercuti di dalam negara terutama musim cuti sekolah kerana pengangkutan untuk ke luar negara juga memerlukan kos," katanya.

Pelancong dari Jepun, Shinichiri Uno 27, bersama dua saudaranya menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.

"Harga di Malaysia lebih murah berbanding Jepun dan rakyatnya juga sangat ramah.

"Kos pengangkutan awam seperti bas berpatutan serta mesra pelanggan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nyak-tempat-menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 1.131987 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list