View: 2619|Reply: 0
|
Peminat United ternanti-nanti sentuhan 'magis' Brailsford
[Copy link]
|
|
BRAILSFORD (tengah) mempunyai pengalaman luas dalam sukan berbasikal di Britain. FOTO AFP
London: Di tengah-tengah keghairahan kemenangan menakjubkan Manchester United ke atas Aston Villa semalam, seorang tokoh duduk tenang di tempat duduk Old Trafford memproses apa yang baru berlaku.
Sebilangan besar penyokong di stadium mungkin tidak mengenali Dave Brailsford tetapi dalam beberapa bulan akan datang beliau mungkin menjadi seorang sentiasa kelihatan semasa perlawanan.
Walaupun perolehan 25% pengasas Ineos, Jim Ratcliffe untuk juara England sebanyak 20 kali itu tidak akan ditandatangani secara rasmi sehingga awal 2024 – bekas ketua pelumba basikal British, Brailsford akan merancang mengenai perkara perlu diubah di kelab yang merudum secara berterusan sejak Alex Ferguson bersara.
Peminat mungkin tertanya-tanya kenapa Brailsford diberikan peranan itu, namun beliau adalah perancang untuk Britain menjadi kuasa berbasikal serta menjadikan Ineos Grenadiers (dahulunya Team Sky) juara Grand Tour dan sekarang beliau akan diamanahkan dengan salah satu cabaran terbesar dalam bola sepak.
Bagaimanapun, individu berusia 59 tahun itu, yang dilantik Ratcliffe sebagai Pengarah Sukan Ineos, tidak mempunyai latar belakang yang jelas dalam sukan bola sepak
Brailsford hanya mampu menjadikan penunggang basikal Britain mencatat kemenangan dan ketika beliau mengambil peranan teknikal dengan kelab Perancis milik Ineos, Nice dalam usaha untuk mengatasi Paris St Germain, tidak nampak kesannya.
Pengarah sukan Newcastle United yang dipandang tinggi, Dan Ashworth tidak ragu-ragu mengenai kelayakan Brailsford.
"Saya mengenali Sir Dave selama beberapa tahun, bekerja merentasi pelbagai sukan yang berbeza dan beliau tidak syak lagi yang terbaik dalam dunia sukan dalam mencipta budaya berprestasi tinggi dan mengubahnya meraih kejayaan," kata Ashworth.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-magis-brailsford |
|
|
|
|
|
|
| |
|