CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 0

Lagu 'Ain't No Stopping Us Now' raikan kemenangan Chelsea

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

MADUEKE meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters

London: Selepas kemenangan 2-1 Chelsea menentang Crystal Palace pagi tadi, sistem audio di Stamford Bridge memainkan lagu disco retro, Ain't No Stopping Us Now, namun, momentum bagi pasukan Mauricio Pochettino masih dirasakan ada kekurangan

Penalti pada minit ke-89 yang disempurnakan oleh Noni Madueke memberikan rasa lega kepada semua penonton di stadium.

Mereka sudah merasakan kekecewaan yang mendalam sepanjang tahun 2023, walaupun Chelsea, yang dimiliki oleh pemilik dari Amerika Syarikat mengambil langkah besar dengan membeli ramai pemain baharu.

Michael Olise memanfaatkan peluang pada hujung separuh pertama selepas tidak dikawal untuk menyamakan kedudukan dan menafikan gol pemain sayap, Mykhailo Mudryk selepas menerima hantaran dari Malo Gusto pada minit ke-13.



Kemenangan itu adalah yang ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Chelsea selepas menentang Sheffield United dan Brighton & Hove Albion.

Namun, kemenangan itu berbeza dengan kekalahan yang dialami ketika menentang Newcastle United, Manchester United, Everton, dan Wolverhampton Wanderers, yang menyebabkan Chelsea tersangkut di bahagian pertengahan liga.

Pada peringkat yang sama musim lalu, semasa dikendalikan oleh Graham Potter, pasukan itu menduduki tempat ke-10.

Namun, pencapaian mereka jauh berbeza dengan ketika mereka menjadi juara Eropah pada tahun 2021.

Pochettino mengatakan beliau mengharapkan lebih daripada pasukannya yang dibina dengan kos tinggi yang turut membabitkan penyerang dari Perancis, Christopher Nkunku, membuat penampilan pertama beliau sebagai pemain utama, dan Romeo Lavia masuk sebagai pemain gantian pada aksi sulungnya.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata kepada BBC, EPL benar-benar mencabar dan mereka perlu lebih konsisten.

"Separuh pertama musim ini benar-benar naik turun dan sangat mencabar namun kita perlu menjadi positif dan perlu menunjukkan bahawa kita boleh bersaing," katanya.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berkata kepada wartawan, Mudueke yang masuk dari bangku simpanan dan memainkan peranan menentukan kemenangan Chelsea patut diberikan pujian.

"Kami bukan badan amal tetapi kelab bola sepak dan perlu memberikan prestasi seperti memiliki fikiran yang betul dan pergi ke padang serta menunjukkan penghargaan kepada sejarah kelab," kata Pochettino.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kemenangan-chelsea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.884460 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list