View: 17492|Reply: 0
|
Nazari belum fikir pasukan baru
[Copy link]
|
|
NAZARI tidak lagi bersama TFC musim depan.
Kuala Terengganu: Selepas diketepikan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain tengah, Omid Nazari belum memikirkan lagi destinasinya selepas ini.
Jelas pemain berusia 32 tahun kelahiran Sweden yang mendapat taraf kerakyatan Filipina itu, buat masa ini dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti sebelum memikirkan pasukan bakal diwakilinya pada musim depan.
Bagaimanapun, pemain berpengalaman luas beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab Malmo FC dalam Liga Sweden itu akui masih berminat bermain dalam Liga M jika mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya.
"Musim depan saya tidak lagi bersama TFC, beginilah asam garam dalam sukan bola sepak. Namun setakat ini saya belum memikirkan lagi pasukan bakal saya wakili kerana mahu bercuti terlebih dahulu.
"Mungkin pada awal tahun depan, saya tahu pasukan yang bakal saya sertai sama ada dalam saingan Liga M ataupun liga negara lain. Tapi jika ada tawaran daripada pasukan dalam Liga M, saya bersedia untuk beraksi, lagipun saya gembira tinggal dan bermain di sini selepas tiga musim menyarung jersi tiga pasukan berbeza," katanya ketika dihubungi.
Musim ini, Nazari berjaya menjaringkan satu gol bersama TFC sepanjang lapan penampilannya bersama skuad Penyu itu selain membantu pasukan muncul naib juara Piala Malaysia.
Sebelum menyarung jersi TFC, pemain berketinggian 1.84 meter itu pernah beraksi bersama Melaka United pada 2017, Negeri Sembilan (2022) dan TFC pada musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -fikir-pasukan-baru |
|
|
|
|
|
|
| |
|