View: 2815|Reply: 0
|
Ronaldo, Mane belasah pasukan Benzema
[Copy link]
|
|
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Sadio Mane (tengah) meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah. - Foto AFP
JEDDAH: Al-Nassr menewaskan Al-Ittihad 5-2 dengan Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane masing-masing menjaringkan dua gol di Stadium Putera Abdullah Al-Faisal.
Kemenangan ke atas pasukan dibintang Karim Benzema itu merapatkan jurang Al-Nassr dengan pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal kepada tujuh mata, manakala Ronaldo kekal sebagai penjaring terbanyak liga dengan 19 gol.
Al-Ittihad membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi bekas pemain Al-Nassr, Abderazzak Hamdallah.
Al-Nassr kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ronaldo selepas Benzema mengasari Ali Lajami.
Pada minit ke-38, Al-Nassr mendahului permainan selepas hantaran Alex Telles dikawal baik Anderson Talisca untuk gol kedua pasukannya.
Al-Ittihad bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan selepas rehat menerusi tandukan minit ke-52 Hamdallah.
Al-Nassr memanfaatkan kelebihan pemain apabila Fabinho dibuang padang kerana mengasari Otavio di dalam kotak penalti. Ronaldo sekali lagi menyempurnakan sepakan untuk Al-Nassr mendahului pada minit ke-68.
Mane memastikan kemenangan Al-Nassr dengan gol minit ke-75 dan 82. Al-Nassr akan bertemu Al-Tawouun untuk aksi terakhir tahun ini pada 30 Disember. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... sah-pasukan-benzema |
|
|
|
|
|
|
| |
|