CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5276|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja penyelenggara maut kepala tersepit pintu lif

[Copy link]
Post time 27-12-2023 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja penyelenggara maut kepala tersepit pintu lif

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
26 Disember 2023 07:26pm




Mangsa yang parah di kepala maut di lokasi kejadian. Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit ketika sedang menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah.



GEORGE TOWN - Seorang pekerja penyelenggara maut selepas kepalanya tersepit ketika menyelenggara sebuah lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah di sini pada petang Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, mangsa yang dikenali sebagai R Tinesh Kumar, 28, maut di lokasi kejadian kerana parah di kepala.



Menurutnya, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi pekerja penyelenggaraan sedang membaiki lif di kompleks berkenaan.

"Kita terima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian. Apabila tiba di situ, ada dua mangsa yang terperangkap di dalam lif. Kepala seorang pekerja telah tersepit pada pintu lif manakala seorang lagi berada di dalamnya.



"Pasukan bomba telah berjaya membuka pintu lif dan mengeluarkan dua orang mangsa tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital yang tiba di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Sementara mangsa yang selamat berusia 53 tahun turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," tambah beliau.




Operasi tamat pada jam 5.56 petang.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043104 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list