View: 3487|Reply: 0
|
Pochettino perlu gunakan Nkunku
[Copy link]
|
|
POCHETTINO boleh mengharapkan sentuhan Nkunku. FOTO AFP
London: Chelsea memerlukan seorang pemain yang boleh meningkatkan prestasi mereka musim ini dan membantu menduduki kedudukan terbaik untuk mencari slot ke saingan Eropah.
Mauricio Pochettino berada di bawah tekanan untuk mengubah keadaan tetapi beliau hanya boleh melakukan perubahan dari tepi padang dan dalam skuad muda yang sangat kurang keyakinan serta pengalaman perlu ada tonggak bertindak sebagai pemangkin menggerakkan sesuatu ke arah yang betul.
Ia sebenarnya adalah isyarat buat Christopher Nkunku, pemain Perancis berusia 26 tahun yang terlepas empat bulan pertama musim ini kerana kecederaan dan kepulangannya tidak berlaku pada prestasi terbaik Chelsea.
The Blues berada di pertengahan liga menjelang perlawanan menentang pasukan di bahagian bawah Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace dan Luton Town selepas Chelsea sudah menewaskan Sheffield United dan Wolves.
Nkunku masuk daripada bangku simpanan pada lewat permainan ketika menentang Newcastle dalam Piala Liga ketika The Blues mara menerusi penentuan penalti dan dia melakukan perkara yang sama ketika menentang Wolves dengan diberikan tempoh beraksi 35 minit.
Kini sudah tiba masanya untuk Pochettino menurunkan Nkunku dalam kesebelasan utama berdepan pasukan bimbingan Roy Hodgson di Stamford Bridge awal pagi Khamis.
Kemampuan pemain tengah menyerang itu masih tidak diketahui oleh kebanyakan pertahanan EPL dan dia adalah senjata rahsia untuk Pochettino.
Jurulatih kelahiran Argentina itu berkata: "Kami perlu bertenang dan tidak tergesa-gesa kerana ia akan memberi tekanan kepadanya. Sekarang dia perlu berkembang, mengenali EPL.
"Ia adalah motivasi besar untuk kami, untuk rakan sepasukan, dan peminat. untuk melihat pemain yang sepatutnya penting untuk kami dan berada dalam skuad buat kali pertama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erlu-gunakan-nkunku |
|
|
|
|
|
|
| |
|