CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25143|Reply: 0

[Kedah] Kematian suspek wanita kes dadah di Langkawi disebabkan pneumonia

[Copy link]
Post time 18-12-2023 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Kematian suspek wanita kes dadah di Langkawi disebabkan pneumonia


Oleh Nor Azizah Mokhtar - Disember 18, 2023 @ 8:58pm  [email protected]




Foto hiasan




KUALA LUMPUR: Punca kematian seorang suspek wanita ketika dalam tahanan reman Polis Kedah atas kesalahan dadah, kelmarin disahkan akibat pneumonia.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata dapatan itu hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, hari ini.

"Hasil bedah siasat dan ujian pengesanan COVID-19 yang dilakukan mendapati, tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan selain negatif COVID-19.

"Pihak hospital mengesahkan punca kematian OKT terbabit adalah disebabkan oleh pneumonia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya kematian OKT terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia ketika berada dalam tahanan reman pihak polis Kedah, kelmarin.

Azri dilaporkan berkata OKT berusia 34 tahun itu ditahan pada 12 Disember lalu untuk siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kemudian direman di lokap Balai Polis Kuah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Katanya, kira-kira jam 8.05 malam Jumaat lalu, OKT mengadu tidak sihat dan terus dibawa ke Hospital

Sultanah Maliha, Langkawi sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mengesahkan kematian OKT terbabit kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat, semalam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.237675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list