View: 2989|Reply: 0
|
EPL: Pochettino dapat ‘ubat’ penenang
[Copy link]
|
|
PALMER meledak gol pembukaan Chelsea ketika mereka berjaya membenam cabaran Sheffield kelmarin. - AFP
LONDON – Chelsea kembali menemui rentak kemenangan selepas menewaskan Sheffield United 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge malam kelmarin.
Pada perlawanan itu, The Blues menjaringkan dua gol hasil jaringan Cole Palmer dan Nicolas Jackson, sekali gus memastikan Chelsea mengutip tiga mata selepas tewas dua kali berturut-turut dalam aksi terdahulu.
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui lega untuk mendapatkan tiga mata pada perlawanan itu, lebih-lebih lagi mereka menampilkan aksi cukup mengecewakan berdepan Everton dan Manchester United sebelum ini.
“Selepas perlawanan dengan Everton minggu lepas, kami banyak berbincang sebagai satu pasukan dan capai keputusan untuk buat perubahan drastik. Sangat penting bagi memastikan kami berada dalam situasi terbaik.
“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami agak kecewa kerana sukar untuk melepasi benteng pertahanan Sheffield di separuh masa pertama. Kemudian, saya ubah posisi Raheem Sterling di separuh masa kedua dan ia adalah kunci kemenangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga gembira kerana Chelsea dilihat lebih fleksibel apabila pemain-pemain mampu menggalas banyak tugas bagi menyesuaikan diri dalam mana-mana perlawanan.
“Sheffield berjaya menghalang serangan kami di separuh masa pertama kerana setiap pemain kekal dengan peranan masing-masing. Perubahan di separuh masa kedua, termasuk peranan setiap pemain membantu kami menjaringkan gol,” ujar Pochettino. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... apat-ubat-penenang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|