View: 3146|Reply: 0
|
Van Dijk bengang aksi 'parking bas' Man United
[Copy link]
|
|
REAKSI Van Dijk (kanan) dan pengurus, Jurgen Klopp selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS
Liverpool: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menyelar pendekatan bertahan Manchester United apabila mendakwa 'hanya satu pasukan cuba untuk menang' ketika kedua-dua pasukan seri 0-0 di Anfield.
Van Dijk kecewa kerana United yang sedang bergelut memilih taktikal permainan lebih berhati-hati yang meninggalkan sedikit ruang untuk Liverpool melakukan serangan.
Kegagalan Liverpool untuk menembusi benteng United menyebabkan mereka kehilangan tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Arsenal kembali merampas kedudukan itu dengan kemenangan ke atas Brighton.
"Jika anda melihat bagaimana kami bermain, kami menguasai sebahagian besar bola dan mencipta beberapa peluang. Hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan ini.
"Sudah tentu kami mahu memenangi setiap perlawanan tetapi ia berakhir dengan keputusan mengecewakan," kata Van Dijk.
Van Dijk, yang menyaksikan tandukannya pada separuh masa pertama dinafikan oleh penjaga gol United, Andre Onana, mengakui dia dapat memahami mengapa United berpuas hati dengan keputusan seri itu berbanding prestasi terbaik The Reds ketika ini.
Menggesa Liverpool mengambil pengajaran daripada kegagalan mereka untuk menewaskan United, Van Dijk berkata: "Sudah tentu ia mengecewakan kerana kami lebih hebat dalam semua aspek.
"Akhirnya mereka berpuas hati dengan satu mata, tetapi kami kecewa hanya meraih satu mata.
"Jelas sekali mereka tidak berada dalam prestasi terbaik. Mereka hadir ke sini dengan berhati-hati dan bimbang ancaman daripada kami.
"Kami sepatutnya memenanginya perlawanan hari ini. Kami perlu belajar daripada situasi ini dan saya tahu kami boleh melakukannya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... king-bas-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|