View: 12649|Reply: 0
|
[Kedah]
Warga emas hilang tiga hari ditemukan lemas dalam sungai
[Copy link]
|
|
ALLAHYARHAM Hamat ditemukan lemas di Sungai Kampung Haji Naik Kayu. FOTO ihsan pembaca
Alor Setar: Kehilangan warga emas yang dilaporkan sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung dalam sungai Kampung Haji Naik Kayu, Langgar, di sini, malam tadi.
Mayat Hamat Shaarif, 81, ditemui jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pada 14 Disember lalu, anggota Balai Polis Pokok Sena menerima laporan berkaitan orang hilang pada jam 2 petang yang memaklumkan warga emas terbabit keluar dari rumahnya menaiki motosikal dan tidak pulang.
Beliau berkata, namun Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung penemuan mayat warga emas terbabit yang terapung malam tadi.
Menurutnya, pengecaman awal di tempat kejadian dilakukan oleh seorang wanita iaitu cucu arwah dan mengesahkan bahawa mayat yang ditemui adalah datuknya.
"Ini berdasarkan pengecaman pada pakaian selain janggut pada mayat berkenaan.
"Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat yang dilakukan hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lemas-dalam-sungai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|