CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23584|Reply: 0

[Kedah] Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
16 Disember 2023   09:01pm




Mangsa ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini, pada Jumaat.



LANGKAWI - Seorang pekerja kedai emas ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Mohd Khairie Shaari, 32, berjaya ditemui lebih kurang 250 meter (m) dari lokasi mangsa dikatakan lemas pada jam 6.55 petang.



"Pengecaman mayat lelaki terbabit dibuat oleh ibu mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk tujuan bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata, operasi melibatkan seramai 46 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) ditamatkan pada jam 7.05 petang.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai pelbagai agensi ditamatkan pada jam 7.05 petang, Sabtu.




Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja kedai emas yang dikhuatiri lemas sempat meminta pertolongan sebelum dilaporkan hilang ketika riadah di Pantai Tanjung Rhu di sini pada Jumaat.

Difahamkan, orang awam ternampak kelibat orang terkapai-kapai meminta tolong di tengah laut berhampiran hujung pantai itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.098404 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list