CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30060|Reply: 0

[Johor] Kes sisa toksik Sungai Kim Kim, mangsa terbuka penyelesaian luar mahkamah

[Copy link]
Post time 16-12-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUDDIN (tengah) bergambar bersama mangsa dan keluarga selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Pasir Gudang: Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim, terbuka jika mana-mana 12 defendan termasuk kerajaan Johor mahu menyelesaikan kes saman sivil berkenaan di luar mahkamah.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim, Datuk Kamaruddin Ahmad berkata, jawatankuasa itu mengalu-alukan langkah penyelesaian di luar mahkamah kerana kes saman sivil itu sudah lama tertangguh sejak difailkan pada 2019.

"Ada usaha sedang dilakukan pihak tertentu bagi menyelesaikan kes saman sivil ini di luar mahkamah. Kami terbuka jika persetujuan bersama dapat dicapai.

"Apatah lagi kes saman sivil tertangguh akibat wabak Covid-19 pada 2020, sebelum Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada dua bulan lalu menetapkan prosiding kes ini bermula Januari depan.



"Saya dan anak guam akan berbincang semula bagi menetapkan jumlah ganti rugi jika persetujuan dicapai untuk menyelesaikan kes saman sivil di luar mahkamah.

"Sudah pasti ada sedikit potongan pada ganti rugi yang dituntut iaitu RM30 juta, jika kes ini mencapai persetujuan untuk diselesaikan dengan cara itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat kepada mangsa tragedi berkenaan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bertindak Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim dan Keluarga Mangsa Kes Toksik dilaporkan akan menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada 12 defendan termasuk kerajaan Johor dan Menteri Besar.

Ganti rugi itu membabitkan ganti rugi am dan khas, selain ganti rugi membabitkan tuntutan ke atas Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, mangsa paling teruk terjejas yang kini menderita myokimia menyebabkan sarafnya terganggu dan terpaksa bergantung pada tongkat, akibat kesan pencemaran sisa toksik pada Mac 2019.

Antara defendan lain yang akan disaman adalah Exco Kesihatan Johor, Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan P Tech Resources Sdn Bhd, syarikat yang membuang sisa toksik itu.

Jawatankuasa itu mewakili 160 mangsa dalam kes saman sivil membabitkan 120 nelayan, enam orang awam dan 34 pelajar yang pernah dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk Irfan Wafiy.

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia pada 13 Mac 3019 itu menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac mengejutkan negara apabila 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pada 17 Julai tahun lalu, pihak mangsa yang memfailkan saman sivil itu berjaya menafikan permohonan defendan, P Tech Resources Sdn Bhd, untuk mengenepikan saman sivil yang mula difailkan pada 2019.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, kesemua 42 plaintif kes saman sivil sisa toksik Sungai Kim Kim diarahkan membuat pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat, menjelang prosiding perbicaraan yang akan bermula 22 Januari nanti.

Katanya, langkah itu penting bagi mengetahui status kesihatan terkini mangsa kes berkenaan sekali gus boleh dijadikan bukti kes saman sivil itu.

"Saya bercadang meminta 42 plaintif kes saman sivil ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan terkini bulan depan sebelum prosiding bermula di Mahkamah Tinggi bermula pada 22 hingga 24 Januari ini.

"Kita nak tengok tahap kesihatan semua mangsa termasuk plaintif sama ada menghidap penyakit kronik termasuk kanser susulan tragedi sisa toksik Sungai Kim Kim," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... saian-luar-mahkamah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045205 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list