CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13778|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar

[Copy link]
Post time 16-12-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar

16 Disember 2023   01:42pm



Fadhlina Sidek berkata, pihaknya amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar berkenaan dan berharap siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak polis terhadap kes itu.



NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, yang maut akibat dilanggar kereta berhampiran sekolah, pada Jumaat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya amat bersimpati dengan kejadian menimpa pelajar berkenaan dan berharap siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak polis terhadap kes itu.



"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Tragedi ini agak menyayat hati dan dalam konteks KPM kita menawarkan khidmat dari segi kaunseling khususnya kepada keluarga.

"Selain itu, kaunseling juga akan diberikan kepada (pelajar) yang terlibat kerana yang lihat kejadian itu juga adalah anak-anak kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan Makmal STEAM di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng Sungai Udang di sini pada Sabtu.



Media semalam melaporkan, Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas dilanggar sebuah kereta disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Susulan itu, pegawai kanan berusia 44 tahun tersebut ditahan dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

Polis memaklumkan siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.201296 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list