CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13833|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua rakan maut: Pemandu BMW di bawah pengaruh alkohol

[Copy link]
Post time 16-12-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Dua rakan maut: Pemandu BMW di bawah pengaruh alkohol

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Disember 2023 01:50pm




Laporan Sinar Harian pada Sabtu.



KEPALA BATAS - Ujian pernafasan ke atas pemandu kereta BMW yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Sungai Lokan di sini, awal pagi Sabtu, mendapati kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, pemandu lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan dan direman pada pagi Sabtu.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian pernafasan dijalankan ke atas pemandu itu menggunakan alat EBA-II mendapati paras alkohol melebihi paras yang dibenarkan. Dia direman untuk siasatan lanjut.



"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Hafizi Mohamad di talian 011-26967676," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas mengenai kemalangan tersebut, Siti Nor Salawati berkata, kejadian berlaku ketika kereta BMW tersebut datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala ke Kepala Batas bertembung dengan Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan.

"Dipercayai apabila sampai di lokasi kemalangan, pemandu BMW telah hilang kawalan lalu bertembung dengan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua lelaki berkenaan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.250275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list