CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5978|Reply: 44

"Hari-Hari Masuk Tv Kenalah Up Harga,- Apartment Famous Sebab Kes Zayn Rayyan, Ejen Terkedu Pemilik Jual Unit Lebih Mahal

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Memandangkan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berlaku dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor itu masih dalam siasatan, perumahan yang didiami kanak-kanak itu menjadi 'kawasan panas'.


Seolah-olah mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku, seorang pemilik unit di apartment itu secara tiba-tiba terus menaikkan harga rumah yang ingin dijual kepada RM200,000 berbanding harga asal RM168,000.


Pendedahan itu dibuat oleh penyedia perkhidmatan rundingan dan ejen hartanah, Azie Nawawi yang menceritakan semula permintaan pemilik unit berkenaan yang juga pelanggannya.


Foto: mStar




"Dua minggu lepas, saya dapat satu senarai daripada kenalan untuk jual rumah Apartment Idaman.


"Unit di tingkat bawah sekali dengan harga jualan RM168,000 tuan rumah nak jual segera," ceritanya.


Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila pemilik bertukar fkiran dan menaikkan harga rumahnya selepas Azie memaklumkan terdapat bakal pembeli yang berminat dan mahu melihat unit tersebut.


Menurut wanita ini, pemilik mendakwa rumah tersebut sudah dikenali ramai disebabkan kes pembunuhan Zayn Rayyan dan nilai aset yang terletak di Apartmen Idaman itu sudah meningkat.


"Bila saya tanya nak set viewing, pemilik rumah kata sudah tukar harga kepada RM200,000. Dia kata sebab apartment ni dah famous sekarang. Hari-hari masuk TV. Semua orang kenal. Kenalah up harga.


"Ini betul-betul menangguk di air keruh ni bang. Tak kira isu apa, asal boleh. Saya pun speechless tak tahu nak nasihatkan macam mana.


"Hanya mampu jawab okay baik tuan. Saya harap tuan dapat jual rumah tuan ni cepat, mudah lagi dipermudahkan," jelasnya.


Gara-gara perubahan harga yang dibuat oleh pemilik, bakal pembeli yang pada mulanya ingin melihat rumah tersebut terus membatalkan hasratnya.


Rata-rata netizen di media sosial mula memberikan reaksi susulan hantaran yang dibuat dan berpandangan bahawa harga rumah di kawasan tersebut sebenarnya perlu dikurangkan.




"emilik berfikir di luar kotak sampai tak terjangkau dek akal kami semua.


"Tempat tu sudah menjadi menakutkan. Lagi nak naikkan harga. Budak-budak pun sudah takut nak main dekat taman permainan situ.


"Tiba-tiba tuan rumah jadi tamak. Biasanya kalau kes macam ni harga rumah akan makin turun bukan semakin naik," komen netizen.


Susulan tularnya posting ini, Azie Nawawi sekali lagi memuat naik status di Facebook memaklumkan bahawa pemilik telah bersetuju untuk menurunkan harga unit rumah yang masih mempunyai penyewa itu kepada RM185,000 dan terbuka untuk rundingan.


"Jika ada serius buyer, team saya boleh bawa untuk viewing dan bagi maklumat lain-lain.


"Buat masa ni gambar dalam rumah tak share untuk keselamatan penyewa," katanya.


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhh!!! Flat je lah pon. Berangan kuat nak mark up.
Dek, inilah yg dikatakan INFAMOUS. Haaaa. Belajo apa maksud perkataan tu yach.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Stendet akal melayu.  Bukan hari2 masuk tv sebab artis pindah ke situ atau upgrade ke taraf 5 star facilities, ini kes bunuh dek oii. Pembunuh pun belum dpt tangkap lagi syill berkeliaran.silap2 168k pun x dapat kena turun lagi ke bawah 100k baru atas org minat nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Still mahal… flat semak je ponnn… area tak selamat pulak tu. Sapa setuju & beli harga tu mmg b0d0w.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil kesempatan betul.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenal sebab jenayah pun nak bangga ke
Dasar otak flat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2023 01:03 PM | Show all posts
Pelik. Sepatutnya harga makin turun la sebab ada kes bunuh di situ..:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahah sebab tu la aku takleh duduk dgn b40
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Flat fefeeling apartment.
Jual nak fefeeling kayangan!
Padahal kalau tempat dah berlaku kejadian menakotkan, rega yg patot jatoh tak laku!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la owner bodoh..semoga no buyer smpi kiamat..takpun semoga unit ko terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh bukan depreciate ke value

Asal viral eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Agent ni membongkak ke ape? Biase klu kes bunuh, jiran2 semua dh pakat risau coz value dh drop. Klu boleh sembunyi kn name tmpt tu, dah lame dh diorg smpan ketat2..
Klu ade kes pun, selesai sesame sndiri coz nk tnjuk kt situ konon selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:08 PM | Show all posts
Kahkah flat berkarat pun 200k
Tinggi impian kalian
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by me12345 at 16-12-2023 03:12 PM

150k pun lom tentu laku..
Sapa nk area  rumah ni..byk kes sosial..penagih, pembunuh..bunuh diri pun ada..giler nk up harga
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan apartment baharu M Vertica Mini Hong Kong wannabe tu pun rega jatoh berkali sampai lelong tak laku sebab pemaju hauk tamak haloba namampos buat rumah atas tanah sebesor sekangkang kandang pigisss, ni flat lama ghetto fefeeling apartment kondo tapi nak mark up rega Zi*nis padahal pemes sbb kejadian mengerikan?
Delusional ittew percuma!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
90k je selayaknya sbb ada pembunuh berkeliaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Halo. Masuk tv sbb kes bunuh. Harga dah tentu2 akan drop sbb xde demand dah lps ni melainkan warga asing b40.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut harga makin turun sbb ada kes jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya pemikiran.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg bminat nk beli tu pikirla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.073589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list