LIPIS – Wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa dua anaknya awal pagi semalam beria-ia mahu pulang ke kampung di Kelantan meskipun sudah dipujuk oleh suaminya.
Mohd Azman Mat Yaacob yang merupakan anggota polis berkata, lebih menyedihkan, kejadian itu tidak berlaku di depan matanya, malah tidak dapat mengiringi isteri serta dua anak mereka yang mahu pulang ke kampung disebabkan tuntutan kerja malam kelmarin.
Foto: Kosmo
“Isteri (Nor Faizah Ridzuan) beria-ria mahu pulang ke kampung bersama dua anak, saya nasihatkan arwah jangan pulang lagi dan tunggu waktu yang sesuai tetapi dia berkeras hendak pulang ke Bachok kebetulan pula cuti sekolah bermula,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Azman memberitahu, hasrat arwah isteri untuk pulang ke kampung turut dipersetujui anak mereka yang mahu mengikut serta.
“Sebelum berlepas pada pukul 12 tengah malam tadi (semalam), arwah tidak tunjuk sebarang perubahan dan melakukan kerja rumah seperti biasa. Saya pujuk arwah pulang waktu siang, tetapi mahu pulang malam. Memang saya bimbang akan keselamatan mereka,” katanya.
Mohd Azman tidak menolak kemungkinan arwah isterinya yang juga suri rumah mahu pulang ke Bachok untuk menziarahi keluarganya sempena cuti sekolah.
Tiga beranak itu bertolak pada pukul 12 tengah malam, manakala Mohd. Azman pula pergi ke tempat kerja.
Mohd Azman menerima berita kemalangan yang menimpa isteri dan anak-anaknya pada pukul 4 pagi.
Post time 15-12-2023 08:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sskjp ni bab balik kampung mmg mcm satu pesta....depa punya excited nak balik kg tu tak blh ditandingi dek org negeri lain...
Apapun.. innalillahiwainnailaihirojiun, moga keluarga tabah..
Post time 15-12-2023 08:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols sendiri x berani nk drive after 9pm..inikan pula after 12 am..even husband nk drive pun iols x bg nk blk tgh mlm sbb bahaya..even kalau kuta x ngantuk, ntah2 pemandu kete lain yg ngantuk rempuh kita..apa pun ajal dorg dah smpi..semoga suami tabah...pengajaran kita x lari kampung tu, dgr la nasihat suami...
Isteri anggota polis dan dua anak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori di KM17, Jalan Lipis-Benta pada jam 3.35 pagi tadi. - Foto polis
LIPIS: Isteri anggota polis dan dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta jam 3.35 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata pemandu kereta yang meninggal dunia, Nor Faizah Ridzuan, berusia 34 tahun adalah isteri kepada anggota polis di Berek Polis Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
"Nor Faizah yang memandu kereta dan anaknya, Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman (10 tahun) serta dan anak angkatnya, Muhammad Hafiy AzmanAbdullah (3 tahun) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.
"Siasatan awal dan keterangan saksi bebas, mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Nor Faizah dipercayai tiba-tiba hilang kawalan," katanya.
Azli berkata, apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui selekoh, kereta itu masuk ke laluan bersebelahan lalu dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Kereta itu diseret oleh lori tersebut dan merempuh besi penghadang jalan. Akibat kemalangan tersebut, pemandu serta dua kanak-kanak di tempat duduk belakang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu kereta itu meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada, manakala dua kanak-kanak tersebut cedera parah di bahagian kepala," katanya.
Post time 15-12-2023 09:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lelaki2 ni kejap je sedihnye, tuntutan napsu batin tu kuat, mesti cpat je cr pengganti mcm c shuib laki arwah siti sarah.. mcm mane pun tetap kena mengawan jugak
'Live location' isteri tidak bergerak, rupanya maut kemalangan bersama dua anak
Oleh BERNAMA
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor (baju putih) turut berada di Unit Forensik, Hospital Lipis bersama suami arwah, Mohd Azman Mat Yaacob (beruniform). FOTO Amir Hamzah Nordin .
Kuala Lipis: Koperal Mohd Azman Mat Yaacob berasa tidak sedap hati selepas melihat lokasi masa sebenar (live location) yang dikongsikan isterinya Nor Faizah Ridzuan menerusi aplikasi WhatsApp tidak bergerak walaupun beberapa kali memeriksa telefon pintarnya.
Mohd Azman, 36, yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, Selangor segera menghubungi isteri dan telefon pintar anak sulung mereka Muhammad Hariz Adrian, 10, namun semuanya tidak berjawab selain pesanan WhatsApp juga tidak dibalas.
Gerak hatinya tepat apabila menerima panggilan daripada polis daerah Lipis sekitar 4 pagi tadi, memaklumkan Nor Faizah, 34, Muhammad Hariz Adrian dan anak bongsunya Muhammad Hafiy Azman, tiga tahun, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
"Saya tak sangka kali terakhir pertemuan kami ialah sebelum 12 tengah malam tadi... semasa kami sama-sama keluar rumah. Isteri dan anak bergerak pulang ke Kampung Tawang di Bachok (Kelantan) manakala saya menuju ke tempat kerja.
"Ikutkan mereka berada di kampung sehingga hujung bulan ini kerana cuti sekolah, dan saya akan menyusul untuk menjemput mereka pulang kerana tidak dapat bercuti lama," katanya ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Kuala Lipis di sini hari ini.
Mohd Azman berkata, isterinya yang juga suri rumah, seharusnya memulakan perjalanan selepas anak sulung mereka pulang dari sekolah hari ini, namun menukar fikiran untuk bergerak lewat tengah malam tadi.
Menurutnya, ia kali pertama Nor Faizah memandu bagi perjalanan jauh, namun beliau mengizinkan isterinya pulang bersama anak memandangkan mereka telah lama tidak pulang ke kampung.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan tiga beranak itu maut selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh di Kilometer 17 Jalan Lipis-Bentan di Penjom di sini sebelum bertembung dengan treler di jalan bertentangan.
Kejadian pada 2.25 pagi itu turut menyebabkan kereta mangsa diseret dan merempuh besi penghadang jalan, mengakibatkan semua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mohd Azman berkata jenazah isteri dan anaknya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pintu Gerbang di Bachok hari ini.
Sementara itu, adik kepada Nor Faizah, Nor Fitrah, 30, berkata dia sempat membuat panggilan video sebanyak dua kali dengan Muhammad Hariz Adrian, yang begitu seronok memberitahu mereka hendak pulang ke kampung.
"Panggilan pertama ialah sebelum mereka memulakan perjalanan. Saya berasa tidak sedap hati selepas itu kerana hari sudah lewat malam menyebabkan saya menghubungi Hariz (panggilan anak saudaranya) selang 10 minit kemudian.
"Saya pesan kepada kakak supaya hati-hati memandu kerana gelap dan banyak lori, namun kakak tidak menjawab apa-apa... mungkin sedang menumpukan perhatian (memandu)," katanya.
Nor Faizah yang menetap di Dungun, Terengganu berkata dia tidak dapat melelapkan mata selepas panggilan itu sebelum menerima panggilan sekitar 4 pagi daripada seorang ahli keluarga memaklumkan kejadian yang menimpa kakak sulungnya.