CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5562|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air di kawasan Farlim Khamis depan

[Copy link]
Post time 15-12-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di kawasan Farlim Khamis depan

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
15 Disember 2023 02:55pm




Foto hiasan



GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulah Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan di dua lokasi dalam kawasan Farlim, Air Itam pada Khamis depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir Pathmanathan K berkata, dua kawasan yang terlibat ialah berhampiran persimpangan Lebuhraya Thean Teik/Lintang Angsana dan Persimpangan Lebuhraya Thean Teik/Farlim Market.



Menurutnya, kerja-kerja penyambungan ini adalah terkait dengan pembinaan projek Jejantas Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN).

"Bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP perlu menutup sementara saluran paip 600mm MS (keluli lembut) di kawasan itu.



"Penutupan saluran paip 600mm ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam di sepanjang Lebuhraya Thean Teik dan kawasan berdekatan di Air Itam pada Khamis depan,"katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

Pathmanathan berkata, berikutan kerja-kerja itu dianggarkan kira-kira 9,000 pengguna air akan terjejas oleh gangguan bekalan air berjadual ini bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf atas kesulitan yang akan berlaku akibat gangguan bekalan air berjadual ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list