CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11063|Reply: 32

Afendi Didakwa Bunuh Ibu Dan Bapa

[Copy link]
Post time 15-12-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membunuh ibu dan bapanya dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Sungai Penchala minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Afendi Muhammad Agus, 42, selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.



Foto: Kosmo





Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah kuasa Mahkamah Tinggi.


Semasa pertuduhan dibacakan, tertuduh mengangguk dan faham pertuduhan.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa membunuh bapanya Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan ibunya Darlisma Njatu Saleh, 72.


Kesalahan itu didakwa di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6 di sini masing-masing pukul 7.10 malam dan 7.20 malam pada 9 Disember lalu.


Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.


Semasa prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menetapkan 31 Januari depan bagi sebutan semula kes.


Pada 9 Disember lalu Kosmo! Online melaporkan jeritan minta tolong seorang wanita yang didengari jirannya merungkaikan penemuan pasangan warga emas mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini.


Menurut jiran, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya berusia 40-an kira-kira pukul 7 malam.


Pasangan yang dibunuh itu merupakan keluarga yang dikenali ramai penduduk di sini sekali gus menimbulkan suasana suram dalam kalangan penduduk.


Sejurus selepas kejadian, suspek yang melarikan diri kemudian berjaya diberkas polis dan ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini.


Suspek adalah anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah.


Hasil siasatan polis kemudian mengesahkan suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Njatu tu orang apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 01:12 PM
Njatu tu orang apa?

Belah sg penchala tu byk org apa ye? Sama mcm org kat sg choh kat rawang tu ke?
Iols lupa suku apatah dorang pemes ngn kuih tart bengkulu tu
Erra fazira keturunan tu
Bugis kot ntahla nama sama mcm prof agus tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 01:12 PM
Njatu tu orang apa?

Pasangan dua2 asal indonesia.
Antara early settlers kat kg tu.

Baru beberapa hari jamin si anak. Kena tangkap sbb dadah.

Entah ler. Mat pit ni kalau dah kena tangkap biar je dia dok dlm tu. Dok luar pun bukan bwk manfaat. Lg di bunuh pulak makpak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-12-2023 01:16 PM
Belah sg penchala tu byk org apa ye? Sama mcm org kat sg choh kat rawang tu ke?
Iols lupa suku apa ...

Bugis takda nama camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 15-12-2023 01:21 PM
Pasangan dua2 asal indonesia.
Antara early settlers kat kg tu.


Haha Mat Pit ni otak tak stabil...membahayakan orang ..btw sekarang pod vape pun dah boleh ada syabu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik dadah…..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:12 PM | Show all posts
Dah ninggal mak tu, baru la nak terjerit2 mintak maaf.
Macam la org tu boleh hidup balik nak maapkan ko.
Emang dasar..emang dasar..hey dasar kamu bajingan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 02:18 PM | Show all posts
Kes lebih kurang mcm adik Almarhum Sultan Pahang, Tengku Kamariah tu kan. Anak taik dadah ditikam bapak atas wheelchair tapi tak mati kan. Yg mati, mak nya sbb nak pertahan suami tu. Last2 anak tu pon mati sbb overdose. Tak guna punya taik dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pasal dah nih harap mak bapak jgn kesian lah. Bio ajer meringkuk dalam penjara. Kat luo nti bnyk mnyusahkan. Benda nih bukan senang2 gitu nak pulih. Ketagihan melampau smpai tak leh pikir baik buruk. Dah nyawa jadi galang ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 15-12-2023 01:21 PM
Pasangan dua2 asal indonesia.
Antara early settlers kat kg tu.


Patut depa jgn jamin.. bahaya kslmtn org
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang pi jamin pasai pa?? Dah mendapat habuan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 01:12 PM
Njatu tu orang apa?

Mcm keturunan indon je depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mmg muka pailang. Lupus terus lah x pyh bnyk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 15-12-2023 01:21 PM
Pasangan dua2 asal indonesia.
Antara early settlers kat kg tu.


Kalau dh bunuh org tu..elok le hukum mati terus...hidup pun tak berguna kat sesapa..ngabih taxpayers money nk bg makan dlm jel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:46 PM | Show all posts
Suchi replied at 15-12-2023 01:16 PM
Belah sg penchala tu byk org apa ye? Sama mcm org kat sg choh kat rawang tu ke?
Iols lupa suku apa ...

bangkahulu..tu la dtg nama tart bengkulu tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 15-12-2023 02:22 PM
Hang pi jamin pasai pa?? Dah mendapat habuan.

Dah byk kali kuar masuk kannn....dah byk kali le jamin....

Lg pun ank ni le yg hantar bapak dia pi masjid....amik dari masjid....mgkin bila ank ni tak de, rasa susah le....tu yg berkali² pun diikat jamin jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:02 PM | Show all posts
tengok muka pun nampak leluhur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:19 PM | Show all posts
so syaitan ni ada dpt IC Malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 15-12-2023 02:22 PM
Mcm keturunan indon je depa ni


Tu ada forumer bgtau mmg asal dari Indon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.622704 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list