CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19056|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jalan tutup sempena Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Jalan tutup sempena Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

BERNAMA




GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.



Georgetown: Beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2023 (PBIM 2023) yang melibatkan jarak sepanjang 42 kilometer (km) bermula malam Sabtu hingga pagi Ahad ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata acara larian itu akan melalui kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.

"Penutupan dan lencongan akan ditutup secara berperingkat bermula 11 malam Sabtu (16 Dis) hingga 10 pagi Ahad (17 Dis) dan orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas serta merancang perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya bagi daerah Timur Laut, jalan yang akan ditutup ialah sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu iaitu dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Bayan Indah dan dari Georgetown menghala ke Bayan lepas serta Jambatan Pulau Pinang.

Beliau berkata bagi daerah Barat Daya, semua jalan yang ditutup tertumpu di kawasan Queensbay dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Georgetown, manakala semua kenderaan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Batu Maung, akan dilencongkan ke Jalan Sultan Azlan Shah dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Khaw berkata di daerah Seberang Perai Tengah pula, kenderaan yang menuju ke bahagian pulau iaitu dari Lebuhraya Utara Selatan akan dilencongkan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Katanya pengguna jalan raya yang bercadang menggunakan jalan-jalan terlibat, diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang lain serta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas kerana pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat berikutan musim cuti sekolah.

"Orang ramai yang ingin menyaksikan atau menyertai PBIM, dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh penganjur dan dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan yang terlibat dengan laluan peserta larian PBIM 2023.

"Mereka juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak penganjur bagi mengelak kesesakan," katanya.

PBIM merupakan acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan difahamkan lebih 20,000 peserta telah mendaftar bagi menyertainya.

Kategori perlumbaan termasuk Marathon Penuh (42km), Half Marathon (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).



Disiarkan pada: Disember 14, 2023 @ 9:10pm









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080901 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list