View: 10460|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Mayat warga emas dalam timbunan barang 'recycled' di rumah
[Copy link]
|
|
MAYAT lelaki warga emas ditemukan dalam rumah di Flat Lumba Kuda, Taman Lumba Kuda, Ayer Itam. FOTO Ihsan Bomba
Georgetown: Misteri bau busuk dari sebuah unit rumah di Flat Lumba Kuda, Taman Lumba Kuda, Ayer Itam di sini, membongkar penemuan mayat lelaki warga emas berusia 73 tahun.
Mayat mangsa ditemukan dalam timbunan barangan kitar semula dan dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Sha'ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.25 tengah hari bagi khidmat khas membuka kunci pintu rumah.
Katanya, pasukannya bersama anggota dari BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima maklumat.
"Ketika pintu dibuka, pasukan penyelamat menemukan lelaki yang sudah tidak bernyawa dalam timbunan barangan kitar semula di hadapan pintu utama rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sha'ari berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat.
Katanya, difahamkan aduan dibuat penduduk berhampiran susulan bau busuk dipercayai dari rumah berkenaan.
"Berdasarkan keadaan persekitaran, lelaki terbabit dipercayai mengumpul barangan kitar semula serta terpakai dan disimpan di dalam rumah berkenaan.
"Lelaki itu tinggal bersendirian di rumah. Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia empat hari lalu berdasarkan keadaan dan cecair yang mengalir daripada mayat berkenaan," katanya.
Sha'ari berkata, kes diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-recycled-di-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|