CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3587|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Arahan ambil dos penggalak Covid-19 tidak lama lagi – Dr. Dzulkefly

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunisasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha berkenaan akan dimaklumkan susulan peningkatan kes baharu dan berulang endemik itu dilapor sejak akhir-akhir ini.

Katanya, KKM amat menggalakkan penduduk di negara ini agar segera mengambil imunisasi penggalak kerana kadar jangkitan ketika ini dianggap masih rendah.

“Insya-Allah, KKM akan keluar satu arahan tertentu mengenai dos penggalak dan ini perlu terutama kepada kumpulan rentan ada risiko komorbiditi.

“Pastinya kita belum dapat lagi arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan) tetapi langkah pencegahan sebegini amat baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2023 kementeriannya di sini hari ini.

Ditanya mengenai bekalan vaksin dos penggalak, beliau memberi jaminan bahawa stok berkenaan masih dalam simpanan KKM dan belum lagi mencapai tarikh luput penggunaan.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly berkata, pihaknya turut menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan saringan ketat di dua pintu masuk negara dengan Singapura.

Jelasnya, pihaknya tidak mengambil ringan dengan apa yang berlaku di negara-negara jiran berdasarkan pengalaman terjadi sebelum ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -lagi-dr-dzulkefly/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.449351 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list