CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8187|Reply: 2

Masuk Bilik Lepas Sarapan, Ibu Jumpa Anak Lelaki Dah Mati Tergantung Di Siling

[Copy link]
Post time 14-12-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode
KUALA KRAI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental ditemui mati dalam keadaan tergantung pada bahagian siling sebuah rumah di Kampung Baru Pahi.


Mangsa yang berusia 48 tahun itu dijumpai ibunya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan pada pukul 2.15 petang.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang.




Gambar Hiasan




“Berdasarkan keterangan ibunya, lelaki itu keluar dari bilik untuk bersarapan sebelum masuk semula ke dalam biliknya.


“Ibunya kemudian masuk ke bilik tersebut pada pukul 2.15 petang dan mendapati anaknya dalam keadaan tergantung dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kamarulzaman memberitahu, wanita itu segera memaklumkan kejadian kepada jiran bagi mendapatkan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.


Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik, Hospital Ismail Petra di sini mendapati punca kematian lelaki itu disebabkan kekurangan oksigen di otak dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.


Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau tertekan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di talian 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:45 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040017 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list