View: 9692|Reply: 10
|
RM70! Beli Tiket Mahal-Mahal Tapi Duduk Di Tangga Simen
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ramai peminat yang menyaksikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat lalu, mendakwa membeli tiket mahal tapi menjadi mangsa pengurusan stadium yang longgar.
Peminat mendakwa terdapat kekeliruan dalam pengurusan marshal apabila memberitahu tempat duduk adalah secara terbuka (open seat) sehingga mencetuskan persoalan mengenai fungsi nombor tempat duduk pada tiket.
Ramai penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di ruangan komen hantaran yang dibuat individu dikenali Mohd Dez.
Foto: Harian Metro
Antara dakwaan termasuk tiket (elektronik) tidak diimbas dan tiket fizikal dijual beberapa kali sehingga ada kes pemilik tiket tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tiket sudah diimbas dua kali.
Ada yang bertikam lidah kerana tempat duduk tercatat pada tiket sudah diambil orang lain, berikutan marshal menyatakan tempat duduk terbuka.
"Betul... Benda ni i penah kena, seat i dah ada org amik,tnya marshall dia ckp free seating !! Numbering kt seat utk apa,byar ticket mahal tbe2 free seating pulak…," kata Lyaa Adam.
Rusdi Mohd Din menulis: "Ambe tiket RM70 * 7 kpg... total lebih dr RM500 rial abis utk satu family... msk kol 7mlm.. last2 duk atas simen blkg screen besor... "Anok2 tanya pasal apa duk atas simen jee..? ni jer rezeki kita jwb aku".
Ramai yang terpaksa duduk di tangga dan simen kerana masalah tempat duduk, menyukarkan pergerakan penonton dan masih tiada penyelesaian jelas bagi masalah ini yang kerap berulang dalam perlawanan bola sepak.
Ramai penyokong bola sepak tempatan memberikan sokongan kepada tindakan diambil Mohd Dez kerana dia berani menyuarakan pendapatnya dan membuat senarai kegagalan pengurusan stadium dan penganjuran acara besar itu.
Mereka berharap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Datuk Hans Isaac turut bertindak berhubung perkara itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Meolls kagum yaa family yang angkut semua tengok bola kat stadium. Meolls tonton kat umah jer lahh aman2 bawah ekon.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
1st time masuk stadium ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mohon penganjur belajar dari penganjur konsert |
|
|
|
|
|
|
|
Baru first time pergi game final ke? Tiap tahun, tiap final camtu gak la gayanya. Tak kira kat snbj ke, kat shah alam ke time game team Malaysia pun camtu gak citenya. Asal boleh dapat duit lebih sumbat selagi ada. Aku pulak yg jadi risau tiap kali rasa bergegar stadium tu, automatic teringat Final Destination |
|
|
|
|
|
|
|
zaman liga semi-pro, tiket bola rm 2..mmg duduk atas simen je.. mahal betul tiket sekarang ye. |
|
|
|
|
|
|
|
70 hengget tu tiket tenggek ayam PPRT kot. Pasrah je lah.
Kalau seat grand stand ko kena rembat ada kot orang nak kesian.
btw aku sokong ja kalau marshall boleh (sudi?) nak control seating ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
benda berlaku tiap tahun
siap yang tak beli tix utk anak beranak
pun dibenarkan masuk
masing2 dah berpusu2 masuk stadium
penjaga tiket pun x menang tangan
so kena lah perbaiki sop
demi sukan negara |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat@peminat bola kena REDHA jer ke ni??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|