CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13211|Reply: 69

kembar siang

[Copy link]
Post time 23-2-2011 04:10 PM | Show all posts |Read mode
aku da search tp xde org wt thread ni lg....kalau ade maap la ye mod






Sinopsis:
KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.

Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.

Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.

AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.

Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2011 04:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by sAKuRa_204 at 23-2-2011 16:17



tarikh tayang : 24/2/11


Kembar Siang
Pengarah :        Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit :        Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa :        Bahasa Melayu
kategori :        Filem Cereka
Genre :        Komedi
Klasifikasi :        U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :        24 Februari 2011
Durasi :         87 min
Audio :        Dolby
Format :        35mm

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 04:16 PM | Show all posts
mcm best jer....nk tgk kamal adli berlakon jd terencat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 04:17 PM | Show all posts
citer nie mmg aku xnak tgk walaupon dibagi ticket free..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 04:23 PM | Show all posts
citer nie mmg aku xnak tgk walaupon dibagi ticket free..
yusthevirus Post at 23-2-2011 16:17



   
pasai apa??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:31 PM | Show all posts
tunggu kt astro jah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 06:50 PM | Show all posts
cerita macam ni kejap je ada kat astro..x berkualiti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 08:48 PM | Show all posts
kamal adli tu kayu laaaa, tak reti berlakon
-caman org mcm ni bleh masuk dlm industri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 10:43 PM | Show all posts
xde aura langsung citer ni...

harapkan tagline "Kau dah sunat ke belom?" Belom..erkkk..dah!!" tu je laa...

tapi kutipan dijangka minimum rm2juta...well, ni kan filem metrowealth...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:41 PM | Show all posts
pasai apa??
sAKuRa_204 Post at 23-2-2011 16:23
citer mmg x berkualiti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 08:47 AM | Show all posts
xtgk lagi da komen blah blah blah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:02 AM | Show all posts
poster dia pun dah pandang sebelah mata jer...
movie dia lg lah tak sanggup nak tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 12:07 PM | Show all posts

a

tgk trailer kat panggung hari tu ...nak muntah aku.... very cheap.... np Dr Hatta nak arah drama camni?? pilih la yg seswai sikit kalau nk arah filem komersial pun.... adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 03:39 PM | Show all posts
x de ke org yg dh g tgk muvi nie..ermmm :cf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 03:56 PM | Show all posts
x de ke org yg dh g tgk muvi nie..ermmm
buyat_comey Post at 24-2-2011 15:39



   
citer ni br kuar ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 04:44 PM | Show all posts
yela..kui..kui..arini br kuar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 09:02 PM | Show all posts
sapa da tgk plis update...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:29 PM | Show all posts
hmmm... x menarik minat aku utk menontonyer
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:44 PM | Show all posts
Citer ni cam tak de selling point.  Pelakon bese jer, citer macam zaman Os dulu... Tapi sapa dah tengok mai ler ceciter kat sini.  Mana taw tiba2 sleeper hit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:32 AM | Show all posts
ok first of all aku dah tgk citer ni tadi..

aku seorg penggemar filem yg tak suka tgk filem ahmad idham dan razak mohaiddin dan juga plg tidak suka menegok citer keluaran metrowealth.. tp kali ni kerana kamal adli aku bg sokongan kerana dia dpat ke layar perak... dua hero akan dtg bg aku kamal adli dan shah jazle yg len tu tak bleh blah... (e.g farid kamil, aaron aziz, shamsul yusof, aqasha?? tak bleh blah)

aku menontonnya hanya kerana sokongan kepada kamal adli...

citernya DRAB, sgt slow (sesuai dgn pengarah nya baru, prop nyer teruk dan lokasi dlm filem ni balik2 kat tmpt sama (rumah awal, rumah ani, rumah ana, kedai runcit) mcm tgk drama 30 minit kat tv3, panggung jauh sekali dari separuh di hari pertama mcmana nk kutip 2 juta? (perasan boleh lah) metrowealth mmg suka kuarkan filem2 'dull' mcm ni bajet tak smp 4-5 ratus K pastu target untung 1 juta jadilah. Keluar filem untuk untung bukan untuk kemajuan, mampuslah filem jahanam or tah paper yg penting org bayar and untung dapat so bleh buat filem mcmni lagi hahaa... (macam haram)

aku dah pernah tertipu waktu tgk citer senario epd satu (yg kononnya lawak) lepas sejam tgk baru aku dpt gelak tu pun sekejap sebab si azlee wat lawak (buat pertama kalinya lawak yg pure dlm citer tu) pastu smpi habis aku tak gelak dah, cam tgk citer seram. kali kedua famili aku boleh beli plak senario the beach boy tu lagi mcm haram, baik aku tgk berita lg best dr tgk citer tu. senario tangan aziz  m osman jauh beza dgn A.I mcm langit dgn bumi.

berbalik pd citer, plotnya perlahan dan tak byk connection, penceritaan masih lagi lemah, byk style ahmad idham dlm citer ni yg menambahkan lagi ketidakkualitian nyer citer ni seperti dialog yg tak payah diucapkan dan dialog yg meleret2. korg klo tgk kena pikir skit memandangkan plot nya byk lompat. kejap citer pasal ni tiba2 pasal ni pulak, mujur sinopsis di atas bgtau yg awal dgn awi ni plan nak kenakan pakdin supaya pakdin keliru klo tak aku pun tak tahu kenapa. mak yam pulak tiba2 je lari ke kedai awal tanpa ada sebab or plot yg lebih kuat lagi, tau2 je mak yam dah duduk dalam kedai awal. waktu nak meminang utk awi lagi senang, bukan men sekejap je setuju mcm jual kain.. at lastnya aku tak tahu sebnarnya konsep cerita ni nak cerita ttg apa? klo ttg kembar ni je, hanya 70% je yg len tu meleret ke bapa si ani, bapak si ana, kedai runcit, pak din, padahal dorg mmg takde kena mengena secara langsung pun dgn watak si kembar ni. kbykkan babak diselamatkan oleh lakonan kamal adli yg selamba dan kehadiran sathia yg mmg buat lawak. so ini cuma komedi ringan utk seisi keluarga yg layak ditayangkan di 105 astro je takyah ler smpi ke layar perak,, mengarut.

penilaian
prop dan kualiti produksi - 2 / 5
pelakon - 3 / 5
cerita - 2 / 5
genre - 3 / 5

overall = 3 / 5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065350 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list